Find us on Facebook

Mini Open House dan Jamuan Hari Raya

Assalamualaikum. Minggu kedua bulan Syawal, Fiza berkesempatan untuk menjemput kawan-kawan dan jiran terdekat untuk hadir memeriahkan mini open house di rumah kami. Alhamdulillah, walaupun jemputan kami tidak ramai tetapi hampir semuanya dapat menghadirkan diri atas jemputan.


Mini Open House dan Jamuan Hari Raya | Majlis berlangsung di rumah baru kami yang terletak di Seri Tijanni, Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh. Menu dimasak oleh Fiza sendiri dan antara menu hidangan utama adalah rendang ayam dan juga soto ayam.

Rendang ayam
Soto ayam
Bihun
Lemang dan nasi himpit
Air oren
Majlis bermula pada jam 5 petang dan berakhir lebih kurang 11 malam. Memang penat tak terkira sebab Fiza mula memasak seawal 2.30 pagi sebelum majlis. Sediakan bahan, layan Huwainaa yang tidak berapa sihat pada hari tersebut.



Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan makanan juga habis semuanya. Terasa puas hati dapat hidangkan juadah raya buat kawan-kawan. Memang ramai yang tidak tahu mengenai majlis ini kerana Fiza hanya menjemput kawan-kawan yang dekat dan hanya kecil-kecilan. In syaa Allah ada rezeki, Fiza akan buka jemputan dengan lebih besar lagi.

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. wah..bestnya fiza..klu dekat dah g ni..:)

    ReplyDelete
  2. Wah mini pun dah meriah! makanan banyak. btw selamat hari raya dari Syaza tau :)

    ReplyDelete
  3. Sedap2 menu, meriah nampaknya. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete