Find us on Facebook

Kek Kukus Coklat mudah guna sukatan cawan dan blender

Assalamualaikum. Siapa nak resipi kek kukus coklat yang senang dan paling mudah. Tak sampai 2 jam dan boleh makan. Tak perlu ketuhar, tak perlu mixer hanya perlukan pengukus sahaja.


Bahan A
3 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 sk esen vanila 
(blender semuanya sehingga kembang)

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sk soda bikarbonat
(ayak kesemuanya bersama-sama)

Bahan C
1 cawan air
1 cawan susu pekat (boleh kurangkan ikut manis sendiri)
(gaul kesemua)

Topping Coklat
Coklat masakan
1 sb Minyak masak 
1/3 Susu segar ikut kepekatan
Coklat rice
(panaskan dengan cara double boiled, nak pakai kukus pun boleh)

Cara-cara
  1. Bahan A yang telah diblender dicampurkan dengan Bahan B. Kacau rata. 
  2. Masukkan bahan C dan kacau sebati jangan berketul.
  3. Tuangkan dalam bekas.
  4. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Angkat dan biarkan sejuk.
  5. Tuang topping coklat dan taburkan coklat rice. Siap.



Dapat kukusan di Shopee Malaysia
Dapatkan Tefal Steamer

Coklat masakan dan coklat rice

Sedia untuk masak

Kukus sehingga 1 jam

Selepas kek sejuk, tuang toping coklat dan taburkan coklat rice

Memang mudah dan senang. Tambahan pula guna kukusan baru yang Fiza dapatkan di Shopee Malaysia. Menjadi juga akhirnya kek kukus coklat mudah, hanya gunakan sukatan cawan dan juga blender.
Selamat mencuba.

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. wow, bestnya nmpak, moist sgt

    ReplyDelete
  2. mudah je nk buat..
    tp kalo sy mmg malas betul nk masak kek..
    dulu rajin je.. haha

    ReplyDelete
  3. Nampak sangat mudah dan senang nak dibuat..

    ReplyDelete