Menikmati Durian Khun Poh di Balik Pulau

Assalamualaikum. Raya tahun ini di Balik Pulau memang best. Bukan sahaja boleh makan ketupatm lemang dan rendang, durian termasuk dalam menu raya. Kebetulan pula musim durian di Balik Pulau. Kami sekerluarga memang tidak lepaskan peluang untuk makan satu-satunya durian yang hanya terdapat di Pulau Pinang.


Menikmati Durian Khun Poh di Balik Pulau | Durian Khun Poh adalah durian yang terkenal di Pulau Pinang. Ini adalah pertama kali Fiza merasa durian Khun Poh. Isi duriannya bewarna kuning dan seakan musang king. Kalau dibaca, Khun Poh ini klon Durian Musang King. 


Siapa yang pernah makan musang king dan menggemari musang king, rasa kedua-dua durian ini sama. Pahit dan lemak, memang sedap bak hang. Harga pun agak mahal. Almaklumlah durian limited edition. Tapi nak merasa punya pasal, ambil sebiji pun jadilah.

D604
D600
Khun Poh
Seharian penat beraya, malamnya kami mencari durian. Memang puas hati dan raya penuh bermakna rasanya. Selain durian Khun Poh, kami makan durian D604 dan D600 semuanya durian Balik Pulau. Walaupun pelbagai nama, bagi Fiza rasa durian semuanya seakan sama. Selalunya yang membezakan warna isi, ketebalan isi, kecil atau besar, lemak atau tidak.

Sebagai penggemar durian, Fiza suka makan semuanya. Senang kan. Siapa sudah merasa durian Khun Poh, jom kongsikan komen di bawah.

Wassalam.

Post a comment

3 Comments

  1. haritu baru je lepas makan durian.. tapi tengok gambar ni pun rasa nak makan lagi je.. anomnomnom 😋

    ReplyDelete
  2. Memang sedap durian balik pulau :) sedapnya durian belum rasa lagi yang best

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi cuba durian Khun Poh ni. Musang king pernah cuba hihi

    ReplyDelete