Suasana dan sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2019 di GSC

Assalamualaikum. Sederhana tapi meriah. Itulah jamuan hari raya yang telah kami sambut di pejabat bersama Pengarah dan kakitangan GSC sempena menyambut Hari Raya 2019. Dekorasi kami pun simple sahaja janji boleh dibuat sebagai props untuk bergambar dengan kawan-kawan.

Sedapnya sate
Suasana dan sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2019 di GSC | Majlis berlangsung di pejabat kami yang terletak di Bukit Rahman Putra Sg. Buloh pada minggu kedua syawal. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dikehendaki. 



 

Menu utama adalah nasi beriani Daging, dihidangkan bersama sate ayam dan daging, Rendang ayam, Nasi himpit, lemang, roti jala, kuih muih serta air minuman. Semua juadah enak dan sedap.













Selesai makan, turut diadakan sesi cabutan bertuah. Fiza pun dapat juga hamper kecil. Jadilah untuk seronok-seronok. 



Kalau nak tengok banyak gambar lagi, boleh scroll di FB HaFiza AizZawa. Banyak gambar yang Fiza upload. Semoga dengan adanya jamuan dan perjumpaan sebegini, mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara semua kakitangan yang ada.

Wassalam.

Post a comment

2 Comments