A'bloom Koleksi terbaharu Althea Korea

Assalamualaikum. Lagi beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadhan akan pergi dan bulan Syawal akan datang. Puasa pun tinggal beberapa hari dan raya pun bakal menjelma. Sedih hendak meninggalkan bulan Ramadhan kerana terasa cepat sungguh masa berlalu. Tapi pada masa yang sama Fiza teruja sebab hendak beraya. 

Dalam teruja hendak beraya, lebih teruja bila dipilih untuk membuat review mengenai produk kecantikan korea yang terkenal iaitu Althea Korea. 


A'bloom Koleksi terbaharu Althea Korea| Althea merupakan platform membeli belah jenama kecantikan Korea. Kini ada satu koleksi terbaharu yang ingin Fiza perkenalkan buat pembaca semua iaitu A'bloom. 

Sempena bulan Ramadan dan Syawal, kotak pun bertema

Parcel pink yang ditunggu-tunggu, jauh dari Korea Selatan
Tadaaaaa.. jom buka wrapping


Teruja tak nak tahu? Jom ikut Fiza unboxing. Korang mesti akan cakap "comelnya".. "ee geramnya".. tak caya, jom tengok koleksi A'bloom ini.

Koleksi A' Bloom

Koleksi A'bloom terdiri daripada : 

  • Moisturizing Watermelon Mask
  • Nourishing Avocado Mask
  • Brightening Lemon Lime Mask
  • Anti-Blemish Peach Mask
  • BHA Blackhead Blaster
  • Giant Meringue Puff
  • Baby Meringue Puff

Semua koleksi A'bloom
Mask sheet
BHA Blackhead Blaster
Giant and baby Meringue Puff

Moisturizing Watermelon Mask (Keep calm and stay hydrated) 

Mask yang yang memberikan penuh penghidratan dan pelembab yang berkhasiat untuk kulit.  Minuman yang lazat untuk kulit dengan ekstrak tembikai dan ditambah dengan haruman lavender untuk ketenangan.



Nourishing Avocado Mask (The Superfood that is Super-good) 


Mask ini kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit daripada faktor alam sekitar yang berbahaya dan mencegah kedutan. Mengandungi ekstrak avokado dan bunga raya untuk kulit lembut dan bersinar 

Brightening Lemon Lime Mask (Simply The Zest) 

Memberikan kecerahan wajah dari dalam dan membangkitkan wajah yang kelihatan kusam kerana ia mengandungi Dua kali ganda Vitamin C dari ekstrak limau dan kapur. Dapat menghilangkan bintik gelap dan teh hijau membantu meningkatkan kecerahan sambil menenangkan kulit. 

Anti-Blemish Peach Mask (That’s Just Peachy) 

Mask Anti-Blemish ini membersihkan dan melegakan kulit yang sensitif. Mengandungi ekstrak pic dan minyak pokok teh untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan supaya kulit lembut halus. 

Bha Blackhead Blaster (Blackhead out without the ouch) 

Penyikiran bintik hitam dengan cara yang tidak menyakitkan langsung dengan Natural BHA Stick (White Willow Bark). Formula lembut untuk merawat dan menghalang pembentukan baru 


Giant Meringue Puff (Dessert anyone?) 


Puff yang kelihatan sedap dan manis ini sesuai untuk digunakan dalam keadaan kering atau basah. Mempunyai ruang sapuan yang lebih besar untuk diaplikasikan pada wajah. Hujungnya juga boleh digunakan pada ruang kecil pada kulit wajah seperti di hidung dan bawah mata. 

Baby Meringue Puff (Dessert anyone?) 

Satu pek mengandungi tiga butir puffs yang comel. Sangat versetile kerana ia boleh digunakan dalam keadaan kering atau basah. Puff yang sangat Multi-sudut dan mudah untuk diaplikasikan pada wajah yang dengan terperinci. 

Puff yang comel. Digunakan untuk meratakan foundation.
Mask yang Fiza gunakan ini adalah mask anti-oksidan.
 Suka akan masknya yang sangat lembab.
Jom hapuskan bintik hitam di hidung

Video penuh unboxing khas untuk korang, boleh saksikan juga di Channel Youtube Fiza : https://www.youtube.com/watch?v=hiCYM2ueWlE






Fiza dah dapatkan koleksi lengkap A'bloom ini. Set lengkap untuk kulit wajah. Bukan sahaja comel tapi memberi penjagaan sempurna untuk wajah kita. Jom beraya dengan A'bloom. Kotak penghantarannya juga comel.


Lawati website althea.kr untuk info dan maklumat lanjut. 

Post a comment

2 Comments

  1. Waaa bestnyaaa....seronok dapat barang-barang Althea gini kannn..

    ReplyDelete