Kit Kat Special Edition perisa Traditional Nasi Lemak

Assalamualaikum. Selama ini kita duk dengan nasi lemak daun pisang, burger nasi lemak pun kita dah dengar. Yang baru Fiza dapat rasa adalah coklat Nasi Lemak dari Kit Kat Chocolatory.


Kit Kat Special Edition perisa Traditional Nasi Lemak | Fiza dapat Kit Kat Edisi Terhad ini masa menghadiri majlis perasmian Shopee Ambassador 2 bulan lepas. Pada mulanya ingatkan bungkusan bertemakan traditional. Sekali buka siap ada sambal nasi lemak.






Mesti korang tertanya-tanya rasa dia macam mana kan. Rasa coklat putih ditambah dengan sedikit pedas. Memang pelik rasa dia. Tapi masih boleh dimakan. 

Tiada lagi dijual di mana-mana. Kalau ada korang rasalah yer. Tengok tarikh luput pun hanya bertahan 2 bulan sahaja dari tarikh pembuatan. Maknanya ia tidak dapat bertahan lama seperti coklat lain. 

Wassalam.

Post a comment

3 Comments