Thaqif terima kipas spiderman sebagai hadiah sempena Hari Lahir

Assalamualaikum. Sempena menyambut hari lahir Thaqif pada 1 Mac lepas, Fiza tunaikan permintaan Thaqif yang berkehendakkan kipas. Anak sulung Fiza nie memang suka mengumpul kipas. Tapi biasalah kalau kipas main memang sekejap je rosak. 

Jom ikut Thaqif unboxing kipas baru
Dapat kipas kemain seronok
Memang dibelek habis
Kipas baru untuk Thaqif

Thaqif hanya minat pada kipas. Kalau diberi mainan lain dia akan main sekejap sahaja, tetapi kalau kipas memang dia akan main lama. Fiza pun tak tahu apa yang bermain dalam kepalanya apabila bermain dengan kipas. 

Boleh kata setiap minggu akan ada kipas baru untuk Thaqif. Macam-macam koleksi kipas yang Thaqif ada. Hendak tengok koleksi kipas sebelum ini. Sekarang ada lagi macam-macam jenis. Ini baru dinamakan Die hard Fans. 

Wassalam. 

Post a comment

1 Comments