Makan malam di Kenny Rogers Roasters di AEON Anggun Rawang

Assalamualaikum. Lama kami tidak ke Kenny Rogers untuk makan ayamnya yang sedap. Antara sebab kenapa Fiza suka ayam kenny adalah kerana kulit ayam dengan rempah yang melekat kat kulit ayam, bila makan terasa lembut sangat. Kali terakhir kami makan seingat Fiza waktu itu tunggu hari untuk bersalinkan Huwainaa. Setahun lebih juga yer.

Menu biasa yang kami pesan Kenny's Quarter Meal dengan 3 side dishes. Ayam pula wajib minta bahagian kepak. Baru puas makan.

Macaroni & Cheese, Mashed Potato & Gravy, Aromatic Rice
Coleslaw Crisp, Garden Salad, Aromatic Rice
Mango juice dan Minty Passion Mocktail

Huwainaa makan muffin jer
Abg Thaqif macam biasa tak minat hendak makan
Makan malam biasa sahaja tetapi suasana agak selesa sedikit. Menu yang disajikan rasanya masih tidak berubah. Kalau bercerita pasal kenangan di Kenny Rogers Roasters, Fiza pernah menjadi pekerja sambilan di Kenny Rodgers waktu bujang dulu tetapi hanya bekerja selama sebulan. 

Sempat juga belajar ambil pesanan dan hafal menu. Punca berhenti disebabkan tidak tahan dengan mulut pengurus perempuan yang terlalu bossy dan agak celupar. Sampai sekarang Fiza masih ingat wajah dia walaupun sudah 10 tahun berlalu. 

Itu semua kenangan. Walaupun Fiza tidak suka pengurus tersebut tapi Fiza tidaklah boikot untuk tidak makan di sini. Sebab makanan dengan pengurus tersebut tiada kena mengena.

Wassalam.

Post a comment

4 Comments

  1. Minty passion tu nampak menyegarkan..

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak makan Kenny Rogers. Menu dia pun dah banyak tukar kan?

    ReplyDelete
  3. Pengalaman ye fiza..
    Sha kuarang minat Kenny rodgers..

    ReplyDelete