Kek Didi and Friends untuk sambutan hari Lahir Thaqif

Assalamualaikum. Memandangkan bulan Mac adalah bulan kelahiran Thaqif, dia pun beria minta kek nak potong di nursery. Fiza pun belikan kek untuk Thaqif sambut dan makan dengan kawan-kawan di nursery.

Sambutan kali ini biasa sahaja janji Thaqif tiup lilin sebab kami sudah bawa Thaqif pergi ke Cameron Highland. Untuk lengkapkan hajat Thaqif, mama tunaikan permintaan Thaqif hendak tiup lilin.


Thaqif sudah 4 tahun 

Kek Didi and Friends 

Sekali tiup padam semua, pandai rupanya tiup lilin 

Masa untuk potong kek 

Huwainaa pun sedia teman abg Thaqif, tangan dia dah cuit kek dulu tu 

Thaqif potong kek untuk kawan-kawan pula 

Banyak Huwainaa makan kek 

Thaqif pun suka makan kek 

Walaupun ringkas, Thaqif memang gembira sangat. Dapat pula di kek Didi and Friends, lagilah dia suka. Begitulah anak-anak kan. Walaupun sekecil pemberian dia akan rasa sangat dihargai. 

Membesar dengan baik yer Thaqif. Tahun depan mama sudah boleh Thaqif ke tadika. Happy 4th birthday Thaqif Khalaf.




Wassalam.

Post a comment

2 Comments