Find us on Facebook

Kenaikan Kadar Caj Tempat Kereta MBSA bermula 1 April 2019

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Berita yang agak mengejutkan bagi Fiza juga bila mendapat tahu bahawa kadar caj tempat letak kereta dinaikkan sebanyak  RM 0.30. Kalau sebelum ini, bayaran sejam adalah RM 0.30 dan pas bulanan hanya RM 63.60, pada 1 April pas bulanan akan menjadi RM 95.40 sebulan iaitu RM 0.60 sejam. Jumlah yang agak besar buat Fiza dan juga rakan sepejabat yang lain.

Notis kenaikan caj letak kereta MBSA

Terpaksa juga ikut memandangkan kami perlu meletakkan kereta di kawasan yang telah diwajibkan berbayar. Cumanya Fiza tidak akan lagi menggunakan pas bulanan kerana caj tersebut termasuk hari tidak bekerja. Rasanya seperti merugikan.

Langkah yang Fiza akan ambil adalah dengan membayar caj letak kereta secara jam. Rasanya lebih jimat kerana kos hidup sekarang semakin tinggi dan kita perlu bijak dalam perbelanjaan.

Wassalam.


Post a Comment

2 Comments

  1. Allahu. Semoga dipermudahkan urusan Fiza ya.

    ReplyDelete
  2. rasanya satu Malaysia naik rege kan.. Daerah Kerian sini da naik 20sen.. aiyoo..

    ReplyDelete