Membeli belah di Pasar Raya Ikhwan, Sg. Buloh

Assalamualaikum. Membeli barang dapur bukanlah perkara baru. Sebelum ini kalau pergi membeli barang dapur, kami akan pegi ke Segi Fresh Mart, NSK, Tesco dan mana pasaraya pun. Bila terbaca pasal pembukaan pasaraya muslim iaitu Pasar Raya Ikhwan di Sg. Buloh,  kami merancang untuk ke sana bila barang dapur habis. 


Pasar Raya Ikhwan yang terletak di TSB Commercial Centre, Sungai Buloh merupakan pasaraya milik GISB Holdings Sdn Bhd. GISB Holdings Sdn Bhd ialah syarikat Islam Malaysia yang menjalankan perniagaan Islam melalui rangkaian anak-anak syarikat dalam pelbagai sektor pembuatan dan perkhidmatan yang sedang berkembang pesat di Indonesia, Singapura, Thailand, China, Australia, Timur Tengah dan Eropah.

Bahagian menjual barangan basah seperti ikan, ayam dan daging
Bahagian Sejuk beku
Mi Ikhwan

Air Berkarbonat Ikhwan

Kicap Ikhwan

Keperluan bayi

Coklat pun keluaran Ihkwan

Abang Thaqif nampak mengantuk
Haip.. Huwainaa pantang nampak makanan
Kaunter pembayaran
Apa beza Pasar Raya Ikhwan dengan pasaraya lain? Tiada bezanya dan tidak salah untuk support pasar raya yang diterajui oleh orang muslim. Walaupun banyak produk keluaran Ikhwan sendiri, produk keluaran lain juga turut ada, sama sahaja seperti pasaraya yang ada di Malaysia. 

Para pekerjanya juga nampak lebih sopan dengan pakaian yang menutup aurat terutamanya pekerja wanita. Memang selesa membeli belah di sini. Pasar Raya Ikhwan bukan sahaja terdapat di Sg. Buloh. Untuk ketahui lebih lagi korang boleh google sendiri.

Wassalam.

Post a comment

2 Comments

  1. products Ikhwan ni rasanya yang sampai area rumah CT kat Halal Mart ada bebola je..
    selalu jugala beli sebab tengok orang kita buat. kalo kat pasar kira timbang tu x berani beli..

    ReplyDelete
  2. Shopping kt situ boleh byr pakai kredit kad x?

    ReplyDelete