Aksi mandi manda kami sekeluarga di kolam renang dan insiden yang tidak dapat dilupakan di Tok Aman Bali Resort

Assalamualaikum. Kami sekeluarga menginap di Tok Aman Bali selama 2 hari 1 malam pada cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini. Kolam pada hari kami tiba memang penuh dengan mereka yang menginap di situ memandangkan cuti sekolah. 

Kolam bahagian kanak-kanak terasa sesak  
Aksi mandi manda kami sekeluarga di kolam renang dan insiden yang tidak dapat dilupakan di Tok Aman Bali Resort | Seronok bila dapat mandi dan berenang-renang dengan anak-anak. Tetapi biasalah kalau sudah ramai-ramai mesti ada yang mengambil kesempatan. Suspen tak cerita Fiza. Mesti korang tertanya-tanyakan.

Kami jelah, Abg Thaqif entah berenang di mana
Thaqif pun sekarang sudah pandai guna pelampung
Banyak kali ambil gambar dalam kolam, tapi ini sebahagian yang menampakkan wajah
Huwainaa memang baby kolam renang

Ceritanya sewaktu kami seronok mandi di bahagian kolam kanak-kanak tiba-tiba datang satu keluarga. Keluarga ini ada 3 orang anak lelaki yang masih kecil. Salah seorang anaknya mengidap chicken pox. 

Fiza tidak menuduh dahulu, mungkin juga anaknya terkena gigitan nyamuk. Semasa anaknya turun ke kolam dibantu olah ayahnya, Fiza pun menegur bapa budak berkenaan kerana ibunya telah membawa yang lagi dua orang anaknya ke tengah kolam. Fiza bertanyakan sama ada anaknya mengidap chicken pox. Bapanya mengiayakan.

Astagfirullah, Fiza tidak tahu hendak cakap apa. Terasa hendak menampar sahaja bapa tersebut yang langsung tidak prihatin terhadap anak-anak kecil lain yang berada di dalam kolam tersebut. Fiza memang tegur terus, tidak kisah dia hendak sentap atau apa, tetapi memang mukanya selamba seperti tidak bersalah. Dasar kurang ajar.

Fiza terus membawa anak-anak jauh daripada keluarga mereka. Kami sekeluarga ke bahagian kolam dewasa yang lebih luas dan kurang sesak.

Gambar keluarga bersama Ma dan Abah
Thaqif kena tarik dengan dedi untuk suruh selfie
Mengusik la tu
Keluarga kecil kami
Kami mandi jauh dari mereka. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Tidak mahu penyakit sedangkan anak-anak Fiza masih kecil. Itulah, insiden tersebut tidaklah membawa kegusaran kepada kami sehingga tidak mahu terus mandi kolam. Biarkan keluarga tersebut. Sekurang-kurangnya dengan menegur dia mungkin akan berfikir atas apa yang dia lakukan.

Bila dengan orang ramai, keselamatan keluarga perlu dijaga. Kami tetap seronok mandi di sini. 

Wassalam.

Post a comment

4 Comments

  1. la..anak xsihat pun bawak mndi kolam ke? kalau xberjangkit xper la..ni penyakit berjangkit..huhu

    ReplyDelete
  2. Seronok bermandi mana ye Fiza.

    ReplyDelete