Find us on Facebook

K-Drama Review : Thirty But Seventeen

Assalamualaikum. Korang yang suka drama sweet-sweet bersemut. Ini dia ceritanya Thirty But Seventeen. Cerita yang santai, tak perlu nak berkerut dahi. Lakonan comel Shin Hye-sunYang Se-jong and Ahn Hyo-seop.

Source : Google Image

Tajuk : Still 17
Genre : Romantik
Rangkaian : SBS
Bilangan Episod : 32
Mula Ditayangkan : 23 Julai 2018

Plot Cerita

Gong Woo-Jin (Yang Se-Jong) lelaki yang berusia 30 tahun dan bekerja sebagai pereka set. Kerana trauma dengan peristiwa yang dia alami 13 tahun lalu, dia tidak mahu mempunyai hubungan dengan sesiapa pun dan hidup menyendiri.

Woo Seo-Ri (Shin Hye-Sun) berusia 17 tahun mengalami kemalangan bas yang amat dasyat sehingga koma selama 13 tahun. Apabila bangun dari koma, keadaan mentalnya masih berusia 17 tahun, sedangkan dia kini berusia 30 tahun.

Takdir mempertemukan semula mereka yang pada waktu remaja pernah menaruh hati antara satu sama lain. Mereka sebenarnya terlibat dengan kisah tragis antara satu sama lain dan jatuh cinta. Bagaimana Seo-Ri terlibat dengan kemalangan. Bagaimana Woo-Jin hendak mengatasi traumanya yang lalu. Semuanya akan terjawab bila korang layan cerita ini. 


Pelakon Utama

Shin Hye-sun


Yang Se-jong 


Ahn Hyo-seop


Thirty But Seventeen drama yang sangat santai dan ringan. Suka dengan watak Ahn Hyo-seop yang sentiasa positif dan walaupun cinta ditolak dia tetap positif. Bagi yang masih mencari cerita korea mana santai, Fiza syorkan untuk layan Thirty But Seventeen.

Wassalam.

Post a Comment

6 Comments

  1. salam.....yesss cerita ni sweet sgt comellllll....i likeeee..!!!! ringan je yg penting sedih gila masa dia tau yg depa sesama 1stlove alalaalaaa

    ReplyDelete
  2. owh best ea.. okay byk sgt dah masuk dalam list ni tgk nya ntah bila..haha

    ReplyDelete
  3. ramai review drama ni bedt. sy lom tgk lg

    ReplyDelete
  4. Lama tak layan drama bersemut-semut ini.. Kikiki..

    ReplyDelete