Movie PASKAL memang best

Assalamualaikum. Setelah lama tidak tonton wayang berdua dengan suami, akhirnya Filem PASKAL membawa kami dating berdua di TGV Cinema Rawang. Cerita macam inilah yang kami tunggu sangat-sangat. 

PASKAL merupakan sebuah filem aksi ketenteraan Malaysia 2018 arahan Adrian Teh terbitan bersama Spectrum Films dan Asia Tropical Films. Filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G, Jasmine Suraya Chin. Filem ini ditayangkan kepada umum pada 27 September 2018.(wikipedia)


PASKAL THE MOVIE

Kami datang pagi, kalau boleh nak tengok movie Hantu Kak Limah sekali. Jarang dapat peluang, so inilah peluangnya. Marathon dua movie dalam sehari. 

TGV Cinema Rawang

Kiosk tiket

Makin mudah dengan kemudahan membeli tiket wayang di kiosk tiket yang telah disediakan. Mula-mula godek juga kiosk tu sebab baru pertama kali hendak guna. Punya la lama tak pergi tengok wayang. Hehe.

Booking tiket dan boleh add on popcorn sekali

Tiket PASKAL the Movie

Lepas habis layan PASKAL, kami lunch dulu sebab lepas tu nak sambung Hantu Kak Limah pula. Ada lebih kurang 1 jam lebih untuk movie seterusnya. Tak la rushing sangat.

Menu lunch kami

Tiket Hantu Kak Limah

Kami ingatkan tiada lagi orang yang akan tengok movie nie sebab sudah lama ditayangkan. Sekali masuk panggung, ramai lagi yang layan Hantu Kak Limah. mungkin diorang pun macam kami juga last minit nak tengok atau pun jenis tengok movie banyak kali.

Untuk Filem PASKAL, kami bagi 10/10 bintang. Memang tidak bosan serta penuh dengan aksi. Tiada cinta-cinta pada awek tetapi cerita menjurus kepada cinta kepada keluarga, sahabat dan negara. Ada sedikit situasi yang mengingatkan Fiza kepada drama korea Descendants of the Sun lakonan Song Joong Ki. 

Terfikir juga nak bawa mak dan abah tengok movie ini. Fiza sebagai anak bekas Tentera Laut pun rasa bangga dengan cerita ini, ini pulak abah.

Filem Hantu Kak Limah pun best juga untuk gelak ketawa. Patut kutipan besar. Harap Filem PASKAL pun dapat kutipan yang besar jugak sebab usaha mereka untuk berlakon cerita macam ini memang memerlukan semangat juang yang tinggi.

Tak rugi tengok tau. Wassalam.

Post a comment

4 Comments

  1. Hantu Kak Limah memang best.. PASKAL Sha tak tengok lagi.. Selalu gak ke TGV Rawang menonton wayang..

    ReplyDelete
  2. Ramai review paskal ni best tak sempat lagi nak pergi tengok wayang

    ReplyDelete
  3. lom dpt tgk paskal.
    weekend x free :(
    tunggu kuar astro first lah.

    ReplyDelete