Anak terlalu minat pada kipas

Assalamualaikum. Bercerita mengenai hobi anak. Anak Fiza yang sulung si Thaqif. Baru berumur 3 tahun tapi ada minat yang jarang budak-budak sebaya dia minat juga. Kanak-kanak lain minat mengumpul mainan seperti kereta atau suka kumpul barang mainan. Tetapi Thaqif hobi dia mengumpul dan bermain dengan kipas. 


Kalau keluar berjalan ke mana-mana mesti dia akan fokus untuk mencari kipas. Kipas elektrik yang besar-besar dia akan tengok sahaja dan kadang-kadang minta nak beli. Tapi Fiza akan cakap kipas itu sudah ada di rumah.


Mula-mula Fiza belikan mekanikal menggunakan kipas tangan. Mujur harga dalam lingkungan RM 6 hingga RM 10 sahaja. Dapat juga kumpul dan dijadikan koleksi untuk Thaqif.


Kebetulan di kedai ECO pun ada menjual kipas menggunakan bateri dan bentuk seakan-akan kipas sebenar. Thaqif kalau nampak kalau boleh semua dia nak beli. Kipas tersebut menggunakan bateri dan bentuk pun seakan-akan kipas sebenar.

Dia akan susun kipas 


Koleksi kipas RM 2 ECO


Fiza pun dah terikut dengan Thaqif nie. Kalau keluar pergi jalan-jalan, terjumpa kipas mainan Fiza akan belikan untuk Thaqif. Sebab Thaqif tak minat dengan mainan lain, jadi mama belikan kipas untuk Thaqif. Jangan terbang satu rumah sudahlah.

Wassalam.

Post a comment

4 Comments

  1. Alahai.. Comelnya Thaqif bersama kipas-kipasnya..

    ReplyDelete
  2. alolo..sweetnya minat abg thaqif..:)

    ReplyDelete
  3. mak aii. banyak nya kipas dikk oii

    ReplyDelete
  4. Banyaknya kipas dia.
    Minat kipas sebenar takpe jangan jadi perumpamaan yang kaki kipas tu sudah

    ReplyDelete