Find us on Facebook

Roadshow Dugro di Giant Kota Damansara

Assalamualaikum. 24 September 2016 yang lepas, Dugro Malaysia telah mengadakan Roadshow bagi memperkenalkan susu Dugro Fruit & Veg di Giant Kota Damansara. 

Fiza berikan susu Dugro Fruit & Veg sejak awal diperkenalkan kerana nutrisi kandungan sayur dan buah-buahan yang baik untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Fiza juga menggunakan kesempatan di Roadshow tersebut untuk mendaftar sebagai Dumex Mama Club Member.

Borang maklumat peribadi yang perlu diisi untuk mendaftar.

Booth kecil yang dibuka untuk pembelian. 
Diskaun pembelian susu diberikan pada hari tersebut

Thaqif memang suka akan rasanya. Fiza pun minum juga. 
Memang sedap rasa seperti minuman yogurt buah-buahan.

Dugro 3 Fruit & Veg tanpa sukrosa untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun.

Beli 1 Pek Dugro Fruit percuma satu Plush Toy dan pelekat sticker dugro.
Fiza beli 2 pek.

Thaqif seronok dapat belon percuma.
Berikan yang terbaik buat anak kita. 
Harga susu juga sangat berpatutan dan mampu beli disamping rasanya yang sedap.

Fiza memilih susu ini kerana ia  tanpa laktosa kerana Thaqif alah kepada protein susu lembu yang akan buatkan Thaqif cirit-birit. Susu ini memang sesuai dan elok kepada Thaqif.

Wassalam. 

Post a Comment

3 Comments

  1. naura n fiyah pun dugro jugak..tapi yg biasa punya..ingat nak beli yang kuning tu jugak...

    ReplyDelete
  2. membesar sebagai johan ya Thaqif ;-)

    ReplyDelete