Resepi Popia sayur campur ringkas dan cepat

Assalamualaikum. 
Korang nak buat breakfast pagi yang cepat dan mudah tak? Tak pun buat makan petang sambil minum teh O. Bahan yang mudah serta menjimatkan. Ini dia popia frozen sayur campur.


Bahan-bahan:

Kulit popia - frozen 
2 ulas Bawang merah dan putih (untuk menumis) 
Sayur campur -frozen 
Perencah Nasi Goreng Cina 
Tepung gandum (gam kulit popia) 
Minyak masak 



Cara-cara:

Penyediaan Inti Popia
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris. 
  2. Masukkan sayur campur, goreng sehingga lembut. 
  3. Masukkan perencah nasi goreng cina mengikut masin yang diinginkan. 
  4. Kacau sehingga sekata dan angkat. 
Penyediaan Popia

1. Sejukkan inti.

2. Sedia untuk menggulung. Gunakan sedikit tepung gandum dicampurkan air sebagai gam.

3. Siap untuk menggoreng.




Hasilnya popia gulung, cepat dan mudah. Cicah dengan sos cili. Boleh juga disediakan untuk minum petang. Selamat mencuba.

Post a comment

3 Comments