Find us on Facebook

Festival Konvokesyen Universiti Malaya - FESKUM 2016

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Esok akan berlangsungnya Festival Konvokesyen Universiti Malaya - FESKUM 2016 dan beribu tahniah buat graduan Universiti Malaya yang telah berjaya menamatkan pembelajaran dalam bidang masing-masing. Rasa seronok dan teruja bila teringat hari Fiza dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat pada tahun 2009. 

Segala pengorbanan dan tungkus lumus selama berada di Universiti Malaya berbaloi dan paling berharga bila dapat naik ke pentas untuk menerima segulung ijazah.

Untuk pengetahuan semua, jubah yang dipakai oleh graduan UM mempunyai perbezaaan di bahagian 'hood'. Warna jalur 'hood' mewakili fakulti masing-masing. 

Sebagai contoh Fakulti Pentadbiran Perniagaan memakai berwarna perak, Fakulti Perakaunan; biru muda, Fakulti Sains; kuning, Fakulti Pergigian: merah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial; merah jambu, Fakulti Akademik Islam; hijau tua, Fakulti Sains dan Teknologi bewarna ungu muda.

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat 

Jubah berhood ungu mewakili Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat

Sekalung tahniah buat semua yang bakal bergelar graduan. Selamat menempuh alam pekerjaan pula selepas ini. #PROUDTOBEUM

Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum..
    tengok orang pakai jubah time convo... macam rasa terujanyaaa...

    ReplyDelete
  2. cantik warna jubah hood tu kan fiza

    ReplyDelete