Resipi : Goreng Pisang Rangup

Assalamualaikum.. Fiza nak kongsikan resipi untuk menghasilkan pisang salut tepung yang rangup macam dibeli kat kedai/gerai.
Bahan-bahan:
  • Pisang
  • Serbuk kunyit,
  • Tepung Goreng Pisang Adabi,
  • Tepung Kanji Jagung
  • Minyak Masak
  • Garam
  • Air

Cara-cara:
  1. Pertama sekali masukkan tepung goreng pisang adabi dan sedikit tepung kanji berserta air. Tepung kanji jangan diletakkan terlalu banyak. Cukup untuk pekatkan tepung goreng pisang.
  2. Kacau sehingga sebati
  3. Masukkan sedikit serbuk kunyit untuk tambahkan warna kuning.
  4. Masukkan sedikit garam
  5. Masukkan pisang yang telah dibelah dua.
  6. Panaskan minyak dan sedia untuk menggoreng. Agak kekuningan boleh angkat dan hidangkan.

Bahan utama  
salutkan pisang 
Sedia untuk minum petang
Senang kan.. memang rangup. Pada mulanya tak yakin dengan tepung kanji jagung tu.. Bila dah buat memang menjadi. Selamat mencuba. Wassalam.

Post a comment

8 Comments

  1. Letak cheese atas plus coklat..nyum33...dapnyee

    ReplyDelete
  2. Lya slalu letak sedikit minyak msk dlm adunan..agak ranggup juga hihi

    ReplyDelete
  3. baru nak tanye tepung knji jagung tu mcm mne..tgok dah ade dlm gmbr..xpayah guna telur ye..

    ReplyDelete
  4. boleh cuba ni sebab selalu nya kalau grg pisang guna tepung biasa je .. ^_^

    ReplyDelete
  5. Yang macam ni memang perfect.. Kalau yang cheese semua tu x minat la..

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap dan rangup jak pisang goreng fiza ni...

    ReplyDelete