Ais Krim Gelato Fruity kaya rasa buah

Assalamualaikum.. Minggu lepas birthday Fiza, Mr. hubby bawa jalan dan belikan ais krim di Gelato Fruity Aeon Anggun Rawang. First time makan ais krim jenis nie.

Yang best, pengunjung akan diberikan sample ais krim untuk dirasa sebelum kita decide perisa mana yang kita nak.

Lepas rasa, kami pilih flavor mangga

Lebih kurang 24 perisa ais krim dijual.

Ais krim mangga.
Harga ikut timbangan gram. 

Thaqif pun pandai makan ais krim sekarang. Pantang nampak dia akan sebut "klim"
Mungkin masa pregnant dia Fiza suka makan ais krim.. dia pun dah terikut. 

Sampai meleleh air mata sebab sejuk.

Thaqif yang manja dengan Dedi. 
Perkataan yang dia suke sebut pun dedi..

Terima kasih Mr. Hubby kerana sudi berwefie..
kemain susah nak bergambar.

Rasa ais krim di Gelato Fruity memang sedap dan rasa buah yang ketara. Bagi kami harganya pula agak mahal tapi masih mampu untuk dibeli. Lagi pun memang sedap. 

Wassalam.

Post a comment

6 Comments