Pantai Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan

Assalamualaikum.. cuaca hari nie mendung je dari pagi dan sekarang nie hujun lebat.. sambil tengok Star King, Fiza pun ambil peluang update entry perjalanan balik kampung mertua di Kelantan.. Salah satu aktiviti keluarga yang kami rancang kali nie adalah ke Pantai Tok Bali, Pasir Puteh.. Perjalanan daripada Tanah Merah ke Pantai Tok Bali mengambil masa 45 minit..
Ini adalah kali pertama Fiza ke sini dan pantai Tok Bali memang cantik dan air lautnya sangat jernih.. tak pernah Fiza jumpa pantai macam nie melainkan kalau ke pulau..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Menyesal sangat sebab tak bawa baju untuk mandi.. ingatkan pantai kat sini tak best.. tapi tekaan kami silap... yang budak-budak nie memang dorang tahu nak mandi pantai memang dah siap-siap bawa baju basahan.. Lepas nie kami akan ke sini lagi setiap kali pulang ke kampung...
p/s : Bagi Fiza kalau tempat nie perlu dimajukan lagi dengan fasiliti seperti tandas awam / tempat persalinan yang lebih banyak, pasti ramai yang akan datang.

Post a comment

7 Comments