Resipi Sambal Kicap Colek Buah-buahan

Assalamualaikum. Antara kegemaran Fiza kalau duduk sambil-sambil menonton TV adalah makan colek buah. Sambal kicap kalau kena dengan buah memang makan tak berhentilah jawabnya. Pedas atau tidak bergantung pada kita sendiri. Jadinya kalau nak dapat sambal cicah yang sedap, jangan lupa tambah belacan.

Sambal Kicap
Bahan-bahan

Cili hijau / cili pada (ikut kepedasan masing-masing)
Belacan
Kicap
Gula

Cara-cara

1. Blenderkan cili hijau dan sedikit belacan.
2. Masukkan dalam mangkuk.
3. Tuangkan kicap dan banyakkan gula.

Jambu sedikit pun jadilah
Betik yang tak berapa muda
Kalaiu dah makan memang susah nak berhenti. Resipi colek buat turun temurun dari mak Fiza sendiri. Memang sedap. Bak kata orang kecur air liur. Selamat mencuba.


Post a comment

0 Comments