Selepas berkunjung di Kawah Putih, kami pun bergerak pulang ke Kota Bandung. Waktu kami sampai di Bandung lebih kurang jam 7.30 malam. Kalau kat sini dah hampir waktu isyak. Memang penat sungguh perjalanan kami. Dari turun subuh sampai ke Isyak kami berjalan. Last destination, first shopping place.
Tempat nak shopping perfume dan baju batik di Kota Bandung yang korang wajib singgah | Mesti korang tertanya-tanya kenapa cepat sangat nak shopping, baru first day. Jawapan dia kami tak bawa perfume dan perfume memang diperlukan setiap hari. Jadi nak tak nak inilah tempat orang Malaysia shopping bila datang ke Kota Bandung.
Guess what, memang sesak sungguh kedai perfume Bandung Win Perfumery nie sampai susah nak cari parking. Bas pelancong dari Malaysia pun banyak. Bila masuk je kedai nie, memang rata-rata semuanya orang Malaysia yang datang beli.
Korang pilih nak perfume apa, ia tak ori tapi bau dia macam ori. Harga ikut kepekatan minyak wangi tu. Harga pun tak mahal, lebih kurang RM 30 sebotol. Okay la setakat nak sesaje dan kalau nak try bau-bau kan. Kalau minat boleh beli yang original kat airport nanti.
Kita pun grab la dua jenis perfume. Dapat dengan harga RM50 kalau duit rupiah lebih kurang 190 ribu rupiah, sebabnya dorang tiada duit kecik nak tukar, duit kita pula semuanya duit besar, tak sempat nak tukar duit kecil lagi.
Penjaja kat luar kedai jual koleksi keychain dan FM yang murah-murah
Lepas tu kami bergerak ke Rumah Sulam Hj. Ahmad. Toko jual baju batik yang dibuka 24 jam. Tudia memang tak tutup korang. Kedai yang jual baju batik original design baju batik kat sini tak ada di mana-mana.
Memandangkan baju batik memang husband nak pakai pergi office, memang elok sangat beli kat sini. Lagi pun kualiti dan material kain memang cantik. Ada satin, ada cotton. Korang pilih je. Harganya Fiza tak ingat tapi banyak juga kami borong baju batik kat sini. Puas hati betul dapat shopping tempat yang elok.
Pak Supir yang cadangkan tempat nie. Dia kata memang banyak tempat nak shopping baju batik kat Kota Bandung, tapi sini antara toko yang terbaik. Nanti dia akan bawa tempat lain pula. Kami setuju lagipun tak mahal mana dan memang niat kami pun datang sini nak shopping tempat yang betul-betul puas hati.
Alhamdulillah, berjaya membeli dengan jayanya. Patutlah orang Malaysia suka datang beli kain dan baju batik kat Kota Bandung. Memang rambang mata dibuatnya. Husband kita kalau memilih lagi lama dari kita tau. Haha...
Pak Supir kami baju biru
Jam 8.30 malam kami sampai di Hotel El Cavana. Hotel yang best dan selesa. Boleh booking kat sini --> Hotel El Cavana Hotel Bandung.
Settle hari pertama jalan-jalan, banyak betul destinasi pelancongan yang kami dah pergi pada hari pertama. Kalau korang nak tahu kami pergi ke mana, sudilah belek entry sebelum nie.
Ke mana kami hari kedua? Stay tuned okay.
0 Comments