Find us on Facebook

Family Staycation Indonesia | Menikmati pemandangan indah di Kawah Putih, tempat cantik untuk OOTD

Lepas makan tengah hari di Resto Bukit Senyum Ciwidey, kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Kawah Putih. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Bayangkan hari pertama kami dari pagi, non stop lagi sejak turun flight. Berehat dalam kereta je. Mujur Pak Supir pun sporting, perjalanan pun enjoy dan berjalan lancar.



Family Staycation Indonesia | Menikmati pemandangan indah di Kawah Putih, tempat cantik untuk OOTD | Sebelum ke Kawah Putih, macam-macam info yang kami dapat sebab kawasan ini tak berapa elok untuk mereka yang ada penyakit asma disebabkan kandungan sulfur yang tinggi. Pengunjung juga dinasihatkan untuk tidak berada lama di sini.

Istimewanya kawah putih adalah disebabkan Tempat ini memang cantik kalau nak bergambar kerana adanya Tasik Kawah Putih. 



Kawah Putih atau White Crater ialah tasik kawah dan tempat pelancongan di kawah gunung berapi di selatan Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Tasik Kawah Putih juga adalah salah satu daripada dua kawah yang membentuk Gunung Patuha. 

Laluan menurun bukit menuju Tasik Kawah Putih


Tasik ini memang cantik bewarna biru tapi awas yer korang jangan pergi rendam kaki pulak. Tasik di sini sangat berasid dan berubah warna daripada kebiruan kepada hijau keputihan, atau coklat, bergantung kepada kepekatan sulfur, suhu atau keadaan pengoksidaan. Biru bukan sebarang biru, biru berasid.



Nak bergambar, berOOTD memang cantik di sini. Kami ambil khidmat photography orang tempatan je. Dorang tolong ambil gambar, kita just bayar. Dorang tak kenakan bayaran mahal pun. Tak silap ada 30 gambar semuanya. Gambar yang dorang ambil pun cantik-cantik, boleh simpan untuk kenangan. 




Laluan mendaki nak ke tempat letak kereta

Hari pun dah petang, tiba masa untuk kami pulang ke El Cavana Hotel di Kota Bandung untuk berehat. Sehari kami berjalan, memang badan dah letih sangat tapi seronok sebab tempat yang kami lawati semuanya best-best. Tak sabar nak balik mandi. 

Tapi Pak Supir bagitahu kami untuk jalan-jalan di Kota Bandung dahulu sebab sebelum pulang ke hotel. Makanya bila pulang boleh terus berehat. Husband setuju tapi anak-anak kami dah tak larat. Haha.. 

Ikutkan Fiza pun dah tak larat tapi dah travelkan, kalau boleh tak nak layan penat, so kami dibawa toko batik dan minyak wangi. Bila dengan minyak wangi tu memang semangat la sebab datang pun takde minyak wangi nie. 

Okay entry seterusnya kita ke toko batik dan minyak wangi. Stay tuned yer..

 

Post a Comment

1 Comments

  1. Whoaaa.. Cantik tempat ni.. Gambar pun cantik.. Baru tahu wujud rupanya ye tempat gini... Biru bukan sebarang biru... Hati hati.. Travel memang penat tapi alang alang sampai, rugi pulak tak jalan bebanyak... Memang kalau dilayan penat, rasa nak dok hotel tidor aje.. heheee

    ReplyDelete