Find us on Facebook

Upside Down World Ipoh | Datanglah sini kalau nak buat hidup korang tunggang terbalik

Assalamualaikum. Next station Upside Down World Ipoh. Niat nak jalan-jalan kat Concubine Lane, tapi disebabkan susah sangat nak cari parking, kami terparking depan upside Down World Ipoh. Memang tahu pun yang kat Ipoh nie ada muzium terbalik. 


Upside Down World Ipoh | Datanglah sini kalau nak buat hidup korang tunggang terbalik | Kalau kat Sabah ada Upside Down House, lepas tu kat Menara KL dulu pun ada KL Upside Down House sekarang dah tutup. Nie antara tempat menarik di Ipoh. Kebetulan sangat alang-alang dah depan mata, masuk la kejap nak tengok apa yang menarik dalam museum nie. 


Kaunter tiket pun dah terbalik, anak-anak Fiza pun tak pernah lagi masuk tempat gini. Harga tiket Upside Down World Ipoh ada kat gambar bawah sekali. Jadi korang jangan skip baca yer.. haha 

Bestnya dalam museum nie korang boleh bergambar, boleh buat video, tiada halangan. Dulu masa masuk rumah terbalik kat Sabah, memang dorang tak bagi ambil gambar, simpan jelah kenangan dalam otak. Tapi kat sini memang dorang alu-alukan. 

Datang nak beli buah

Dalam muzium nie banyak port ambil gambar terbalik. Ada 3 tingkat kesemuanya. Macam-macam situasi ada. Ada situasi tepi jalan, dalam kedai dan paling banyak dalam rumah. Memang menarik. Sekali tengok memang pening, nak ambil gambar macam mana pun tak de idea. Tapi dorang ada bagi panduan macam mana nak ambil gambar. Ada contoh dekat setiap tempat. 

Tengok hasil kami bergambar. Memang menarik bila dah terbalikkan gambar.

Naik tangga ikut kepala la gini.. 

Ruang tamu

Ruang laundry

Bahagian dapur

Ruang membaca

Bilik tidur

Bilik pakaian

Kedai makan

Ruang makan

Nak naik tingkat 2

Ruang santai

Bilik air

Depan pintu masuk rumah

Nie lagi tragis, macam ada kat tempat tinggi, sorang dah jatuh

Harga tiket Upside Down World Ipoh

Puas hatilah datang sini. Penat bergambar, habis segala posing tapi seronok. Thaqif dengan Huwainaa lagi la, memang teruja dia tengok barang-barang semua tergantung kat atas. 

Next destination nak pergi cari makan lagi sebelum balik hotel. Ada satu restoran nie memang sedap, nanti Fiza share. Stay tuned okay!!!

Wassalam. 

Post a Comment

3 Comments

  1. boleh tahan juga harganya .. kalau bawa anak2 sedara ramai2 ni boleh botak kepala.. :D,,

    ReplyDelete
  2. alaaaa ari tu gi ipoh tak tau lak tempat ni huhuuu

    ReplyDelete
  3. datang berkunjung mencari entry baru.. fieza, kenapa lama x update.. fieza sihat?

    ReplyDelete