Find us on Facebook

Concubine Lane tempat wajib singgah kalau korang datang Ipoh

Assalamualaikum. Pertama kali Fiza dan anak-anak jejakkan kaki untuk Staycation di Ipoh. Lepas check in hotel, suami terus bawa kami jalan-jalan di Ipoh sebab dia memang selalu datang Ipoh untuk urusan kerja. Kami stay di Impiana Hotel Ipoh, best hotel nie, selesa dan luas. 


Concubine Lane tempat wajib singgah kalau korang datang Ipoh | Kalau korang baca sejarah, Concubine Lane nie suatu masa dulu bukanlah tempat yang elok. Tapi sekarang lorong kecil nie dah jadi koleksi tempat makan pelancong dan kedai cenderamata dan merupakan tempat untuk pelancong domestik. Sebagai titik permulaan untuk berjalan di sekitar bandar lama Ipoh, korang kena datang sini. 


Salah satu sebab kenapa Fiza nak datang sangat sini, sebab adanya raindrop cake. Yang duk viral kat tiktok tu. Terliur weh. Finally jumpa juga gerai Kuih Titisan Hujan nie, kalau in english nama dia raindrop cake. Memang unik bentuk titisan hujan, warna jernih macam embun gitu.



Ia sebenarnya agar-agar kosong je. Katanya raindrop cake origin dari Jepun dan bila ada kat Ipoh nie, memang virallah jawabnye. Sedap makan dengan air gula melaka dan soy bean powder yang dipanggang. 

Lagi satu yang viral kat tiktok sekarang, rainbow jelly ball. Masa Fiza pergi nie tak viral lagi, sekarang ramai dah jual. Yang ajar buat pun banyak.



Rasa dia tawar dan tak sedap yer. Dorang main dengan warna je. Sekali tengok memang menarik tapi rasa dia memang kosong. Bila dah makan baru lah tahu. Tak salah mencuba. Mujur beli 2 je, sebab budak-budak nie lah mintak. Last-last mak pak dorang yang kena habiskan.



Jalan-jalan lagi ke depan, ada bau sedap datang dari gerai Kuma. Bau grill yang buatkan kami lapar. Tengok menu dia, wahhh wagyu la. Tak pernah makan wagyu tau sebab harga wagyu nie mahal. Alang-alang ada wagyu skewer harga cucuk RM 18.80, boleh la why not try.



Memang sedap wagyu, cair dalam mulut tu. Selain tu dorang ada roti rainbow cheese, yang nie sedap. Cheese dalam roti tu kita tarik warna rainbow yang keluar.  




Jalan-jalan kat Concubine Lane nie korang kena standby duit. Memang makanan yang dorang jual kat sini mahal-mahal termasuk cenderahati. Jadi pandai-pandailah berbelanje yer sebab tak de mende yang murah zaman sekarang nie. Nak-nak kalau bende tu viral, sedap tu belum tentu lagi, nak tahu kena try.

Memang puas hati jalan-jalan kat Concubine Lane, ikutkan banyak lagi makanan nak try tapi masa suntuk. Nak pergi jalan tempat lain pula. Korang pernah dengan rumah terbalik tak? Ada satu di Ipoh tau. Tunggu update seterusnya. 

Wassalam.

Post a Comment

1 Comments

  1. salam kenal sis, first time dtg sini...

    done follow as Ain Farhana

    ReplyDelete