Find us on Facebook

Bila ada Toshiba Tumbler Dryer dan Washing Machine memang senang kerja membasuh baju

Assalamualaikum. Agak-agak siapa tahu dilema mak-mak bekerja, lepas itu duduk pula rumah tinggi. Keluar rumah pagi, balik petang, baju kat rumah  sidai pagi, elok kering, petang pula hujan. Yang nie la yang Fiza duk hadap hari-hari. Malam-malam basuh baju, pagi sebelum keluar rumah jemur baju dulu. Nak lagi tragis, petang baju basah sebab hujan lebat.  


Bila ada Toshiba Tumbler Dryer dan Washing Machine memang senang kerja membasuh baju | Fiza tak suka pergi dobi, melainkan dobi comforter dan toto, itupun dobi yang basuh kat kedai. Bukan dobi mesin. Bila duk merungut, baju balik basah, lepas itu bau kepam, memang tak dapat nak sabar lagi. Penyelesaian dia memang kena beli dryer. 

Baju sekolah anak makin banyak, baju sekolah agama, kalau tak kotor memang tak sah, memang hari-hari kena cuci. Syukur sangat-sangat bila dapat juga beli dryer. Betapa banyak masa Fiza jimat. Alang-alang dah beli nie, story la sikit, bukan review Toshiba Tumbler Dryer pun, just nak share kat blog je.  


Kalau nak tahu, husband Fiza order dua-dua mesin baju nie kat Shopee tau. Tapi bukan shopee yang hantar, kedai yang hantar sendiri. Lagi satu harga dia lagi murah kalau nak dibandingkan walk in kat kedai. Shipping dia pun dalam RM 20 sahaja termasuk penghantaran sampai ke dalam rumah. Macam rumah Fiza, dorang hantar sampai tingkat 14. 


Ruangan kecil untuk letakkan dua beradik tu

Muat-muat je, mujur kalau tidak tak tahu nak letak mana

TOSHIBA Washer

TOSHIBA Dryer

Kalau tahu dari dulu dah beli dua beradik nie. Tak perlu nak pikir cuaca bila sidai baju. Basuh dan kering terus, tunggu nak lipat je. Kalau ada mesin lipat baju pun Fiza nak suruh husband beli, kan senang. Bukan malas yer tapi nak memudahkan kerja. Sebab itulah adanya teknologi. 

Bagi yang tengah survey dryer mana yang bagus, Fiza cadangkan korang beli brand Toshiba nie, senyap, tak de gegar-gegar, tahu-tahu bunyi bagitahu dah siap. Beli kat sini --> Shopee TOSHIBA COMBO Washer+Dryer

Wassalam. 
 

Post a Comment

1 Comments