Ayam goreng 'Soonsal' kat K Fry Urban Korea memang sedap, korang dah try ke?

Assalamualaikum. Punye lah lama ambil masa nak update. Tahun lepas punya cerita memang tak habis-habis. Kali nie nak story pertama kali makan kat K Fry Urban Korea. Pernah makan tapi order online je. Bukan apa, K Fry nie kalau nak makan kat outlet dia tak pernah tak beratur panjang. Anak-anak Fiza bukan suka pun nak tunggu Q nie. Jadinya online je.


Ayam goreng 'Soonsal' kat K Fry Urban Korea memang sedap, korang dah try ke? | Entah macam mana, hari kami jalan-jalan kat One Utama, tengok waktu tu, ada orang beratur tapi tak panjang. Apa lagi, cucuk line terus. Try makan kat K Fry Urban Korea One Utama lah kita. 




Dapat sit terus tengok menu, scan kat telefon je sekarang nie. Tak de dah buku menu. Jadinya macam tamak punye hal jugak sebab lapar kan. Kami order tak agak-agak. Harap boleh habis. Menu kami pilih.. Anchovies tuna rice ball, Mini tteokbokki set, Vangnyeom soonsal chic (boneless 6pcs) dan Honey butter soonsal (boneless 6pcs). Untuk minuman kami try Cold honey yuja tea.



Sampai je, staf dia buatkan Anchovies tuna rice ball depan-depan. Tengok la dia buat bebola nasi satu-satu. Tengok sikit rupanya banyak. Haaa sudah, sapelah nak habiskan nie. Lepas tu datang Mini tteokbokki set, tak mini pun, portion dia besar. Harap boleh habislah.


Anchovies tuna rice ball

Vangnyeom soonsal chic

Mini tteokbokki set

Honey butter soonsal



Thaqif dan Huwainaa makan ayam goreng yang tak pedas tu, mama dengan dedi makan yang pedas itu. Layan sekali tteokbokki. Barulah rasa macam korea. Memang sedap. Nak makan semua memang tak habis, tapi don't worry boleh tapau bawa balik. 



Memang kenyang, nak round One Utama pun tak larat dah. Lepas makan balik rumah terus. Korang pun mesti dah pernah makan kan. Apa menu favorite korang kat sini, kalau sudi share la kat ruangan komen. 

Sorry ek korang, gambar makanan semua npk purple sebab lighting outlet nie. hehe..

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments