AEON Malaysia memperkenalkan "12 Days of Christmas Surprises" dan pencarian duta kanak-kanak “Kids Republic"

Assalamualaikum. Alhamdulillah, kita sekarang nie dah berada di penghujung tahun. Bulan Disember nie memang antara bulan yang paling Fiza nantikan. Bukan apa bulan Disember adalah bulan kelahiran buat Fiza dan my little girl Huwainaa. Cuti sekolah pun tak lama lagi. Memang tak sabar nak pergi bercuti. Bukan itu je, Sempena Sambutan Akhir Tahun juga, AEON Mall yang akan buat sales sempena Perayaan Hari Krismas nanti. 


AEON Malaysia memperkenalkan "12 Days of Christmas Surprises" dan pencarian duta kanak-kanak “Kids Republic" | Untuk itu juga Fiza tidak lepaskan peluang untuk sama-sama hadir dan memeriahkan pelancaran "12 Days of Christmas Surprises" dan pencarian duta kanak-kanak “Kids Republic" pada 1 Disember 2022 yang lalu bertempat di Kids Republic, AEON Bandar Utama.


Top Children Apparel dari Indonesia, JSP962 Launches Year End Collection di AEON

Yuen bersama rakan niaga AEON mempersembahkan 12 Days of Surprises
 sempena kempen Krismas AEON

Suasana perayaan telah bermula di AEON apabila setiap cawangan AEON kini dipenuhi dengan sinar di mata dan senyuman yang ceria sempena sambutan akhir tahun ini. Fokus sambutan perayaan akhir tahun kali ini ialah mencipta masa yang berkualiti dengan tradisi baru.

Sementara itu countdown untuk 12 Days of Surprises juga dilancarkan pada majlis tersebut di mana tumpuan tahun ini ialah untuk memeriahkan detik-detik penting antara ibu bapa dan anak-anak dan juga merangkumi setiap generasi.


Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran berkata, “ Kita tidak boleh mengambil mudah malah perlu memastikan sambutan perayaan ini menjadi sesuatu yang amat bermakna bagi anak-anak kita. Melalui 12 Days of Surprises, AEON juga bekerjasama dengan jenama popular mainan kanak-kanak untuk menawarkan sesuatu yang akan menjadi memori untuk anak-anak kita hinggalah mereka dewasa nanti.”

Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran

Jenama terkenal yang mengambil bahagian dalam 
12 Days of Christmas Surprises

Jenama terkenal yang mengambil bahagian dalam 12 Days of Surprises termasuk LeapFrog, Fisher-Price, Beyblade, My Little Pony, Arctec, Sylvanian Families, Marvel, LEGO, Barbie, Nerf, Disney Princess dan Hot Wheels. Setiap jenama akan mempunyai Hari Kejutan! khusus untuk menampilkan promosi istimewa jenama dan produk eksklusif pada harga yang menakjubkan bermula dari 13 Disember hingga 24 Disember.



AEON juga memperkenalkan jenama JSP962, pakaian kanak-kanak popular dan berkualiti dari Indonesia. Sementara itu, jenama terkenal AEON untuk kanak-kanak di bawah label JKIDS turut mempamerkan baju tidur padanan terbaru dan koleksi baharu yang direka berdasarkan apa yang kanak-kanak inginkan.

Top Children Apparel dari Indonesia

Jenama JSP962 dari Indonesia

Kids Republic AEON

Jenama Kids Republic 

JKIDS

JKIDS koleksi baharu

JKIDS baju tidur padanan terbaru

Model-model cilik memperagakan koleksi Krismas AEON khusus 
untuk kanak-kanak


Selain itu, jenama Kids Republic AEON turut mengumumkan pencariannya untuk duta kanak-kanak. “Kids Republic sedang mencari kanak-kanak yang aktif dan berminat untuk mengambil bahagian dalam pencarian ini. 

Pencarian baru bermula

Kids Republic is all for Kids Who Create The Future!”

QR Code untuk pencarian 
Kids Republic Child Ambassador


Kami mahu mengetengahkan impian dan aspirasi mereka! Kami mahu memaparkan cerita mereka untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak. Lagipun, Kids Republic adalah untuk Kanak-kanak Yang Mencipta Masa Depan!” sambung beliau.

Untuk keterangan lanjut sila layari https://www.aeonretail.com.my/xmas22/


Post a Comment

0 Comments