Lunch ke, dinner ke, memang sedap kat A&J Burger Grill Sungai Buloh

Assalamualaikum. Kita story pasal makan lagi la kan. Ikutkan selalu je makan kat A&J Burger Grill Sungai Buloh sebelum PKP. Ingat lagi last datang sini bulan Mac 2020, bawa Thaqif lepas operate buang 5 batang gigi. Lepas tu dah tak datang lagi, order Grab je.  


Lunch ke, dinner ke, memang sedap kat A&J Burger Grill Sungai Buloh | Nak dijadikan cerita, sebab bosan makan nasi, Fiza pun pergi makan berdua je dengan Huwainaa, baru jugak hujung bulan Mei 2022 lepas hantar Thaqif pergi sekolah. Fiza cuti waktu tu. Fiza order spagetti Carbonara dengan Rainbow cake. Memang enjoy la dating dengan anak dara berdua je.

Nak tahu apa yang sedap, rainbow cake dia. Portion besar jenuh kami berdua nak habiskan, mujur sedap. Sampai janji dengan Huwainaa nanti kita datang lagi, bawa Abg Thaqif pula.


Itu yang membawa 2 minggu berturut-turut ke A&J Burger Grill Sungai Buloh. Sebab nak makan Rainbow Cake. Order la lagi sekali.  Kali nie kongsi bertiga. Barulah cepat habis. Menu lain korang tengok la gambar yer. Yang bestnya makanan western kat sini memang sedap. 






Deco cafe pun dah berubah. Lebih kemas dan teratur. Kalau nak datang sini elok sebelum pukul 1, kalau datang waktu lunch selalunya penuh. Malam pun macam itu juga. Pandai-pandailah cari waktu sesuai kan, kalau tak lama la nak tunggu makanan sampai. 

Okay, settle update blog untuk hari ini. Nak elak blog bersawang la katakan. Nak up story pasal staycation malas lagi. Tunggu mood rajin sikit. 

Wassalam. 

Post a Comment

1 Comments