Find us on Facebook

Pengalaman menaiki river cruise Bot Penambang Seberang Takir

Assalamualaikum. Terengganu memang best, kalau korang tak pernah jejak kaki kat sana, baik korang letak dalam wishlist staycation korang untuk pergi Terengganu. Pergi tiap-tiap tahun pun memang tak bosan. Dalam blog Fiza nie memang banyak betul story pasal staycation ke Terengganu. Kalau datang sini ada je tempat menarik yang kami nk cuba. 


Pengalaman menaiki river cruise "Bot Penambang Seberang Takir"  | Pertama sekali Fiza nak bagitahu Fiza bukan orang ganu, dan Fiza tulis pun bukan sebab kerajaan Terengganu bayar yer.. haha.. Tapi Fiza tulis sebab nak share keseronokkan bila berada kat sini. Lagi pun ini semua kenangan. Letak dalam gambar dalam phone bukan boleh  buat apa. Kalau story kat blog kan lagi best. Orang lain pun boleh baca. Cenggitu. 

Hari kedua di Kuala Terengganu memang terbaik. Cuaca sangat memberi kerjasama. Panas berangin makanya plan hari kedua memang berjalan lancar. 

Awal-awal pagi kami check out Homestay TokMie dan terus ke Kuala Terengganu untuk pergi ke Pasar Payang. Pasar Payang yang dulu dah takde tau, yang baru nie lagi cantik dan kedai kat dalam pun lebih teratur. 



Menaiki Bot penambang Seberang Takir ke Pasar Payang

Di Sungai Terengganu nie ada 4 jenis river cruise iaitu TTI Cruise, Pulau Warisan Cruise, Bot Penambang Seberang Takir dan Bot persendirian. Keempat - empat cruise ini berbeza laluan, keselesaan, dan nilai tambang. 

Baca pengalaman naik TTI River Cruise - Family trip ke Masjid Kristal


Kalau ikutkan pengalaman, kami pernah menaiki TTI Cruise yang mana tempat untuk menaiki bot adalah di Taman Tamadun Islam. Botnya memang selesa dan tambangnya juga agak mahal. 

Kali nie kami nak cuba bot penambang pula. Bawa Thaqif dan Huwainaa merasai pengalaman naik bot bau diesel. Haha.. nama pun bot penambangkan. Bau diesel bunyi enjin bot yang bising, biasalah bot kampung. 

Jeti Bot Penambang Seberang Takir


Kalau nak naik bot penambang kena ke pergi Jeti Bot Penambang yang terletak di Seberang Takir. Korang waze je, confirm jumpa. 

Napelah nak susah-susah kan, kereta ada pun boleh pergi Pasar Payang tu. Dah nama pun bercuti, sambil-sambil jalan, makan angin naik bot kan best. Memang boleh je drive gi Payang tu. Naik bot boleh ronda-ronda tengok sungai. Nak seberang sungai tu tak lama dalam 10 minit je. Tapi kami minta pakcik bot bawa ronda. Sewa satu bot terus RM 60 ambil trip pusing-pusing. 




Berbaloi tau sebab family kami campur family mertua total 12 orang. Satu kepala RM 5 sahaja. Kalau sehala terus ke Payang hanya RM 1.

Bot penambang nie dululah yang menjadi pengangkutan penduduk untuk ke Pasar Payang. Dengar kata dulu ada 70 buah bot kat jeti nie, dan sekarang tinggal lebih kurang 20 bot sahaja sebab ramai dah ada pengangkutan sendiri. Jadi bot yang ada sekarang pun lebih kepada bot untuk membawa pelancong yang datang ke Kuala Terengganu. 





Pusing-pusing, ronda-ronda tengok aktiviti penduduk tepi sungai. Cuma bila naik bot penambang nie memang susah nak bersembang. Bunyi bot memang bising. Guna bahasa isyarat jer. 




Boleh capture gambar Masjid Kristal dan Jambatan Angkat Kuala Terengganu secara dekat

Nak ambil gambar masjid secara dekat boleh guna bot penambang. Ikut pengalaman kalau guna TTI Cruise susah sikit nak bergambar gini sebab bot penuh dengan penumpang. Kalau bot kita sewa sendiri untuk satu keluarga, buat la apa pun memang tak ganggu penumpang dan pelancong lain.



Trip kami Jeti Seberang Takir - Pasir Payang - Jeti Seberang Takir. Untuk melihat Jambatan Angkat Kuala Terengganu Drawbridge, otw balik nanti baru akan lalu sana. 





Dua cruise kami dah cuba. Best naik bot penambang. Anak-anak pun enjoy sangat. Pengalaman baru buat dorang dan boleh kata pertama kali naik bot penambang. Lepas round kita singgah Pasar Payang baru. Punyalah lama tak datang Payang kan, pasar pun dah pindah. Nanti kita bergambar kat Pasar Payang pula. Tunggu entry seterusnya.



Wassalam.

Post a Comment

5 Comments

  1. Pemgalaman menarik. Thanks share kat sini. Saya baru tau. Nak cubalah nanti

    ReplyDelete
  2. Since 2019 dah plan nak road trip pantai timur. pkp pkp sampai sekarang tak pergi. Ai cuba this year pula.

    ReplyDelete
  3. Naik dari jetty seberang takir atau pasar payang? Mana yang lebih mudah?

    ReplyDelete