Find us on Facebook

Banyak tak jenis ikan kat Blue Coral Aquarium di KL Tower?

Assalamualaikum. Entry jalan-jalan di Menara KL bersambung lagi. Boleh kata seharian juga kami di sini. Mula-mula naik Menara KL. Lepas itu ke Mini Zoo KL Tower. Kemudian anak-anak minta nak masuk tengok ikan pula kat Blue Coral Aquarium.  


Banyak tak ikan kat Blue Coral Aquarium di KL Tower? | Pertama kali ke sini memang Fiza tak tahu ada zoo, ada aquarium.. bila dah jejak kaki memang anak-anak lah paling seronok. Setakat naik Menara KL memang tak de makna bagi dorang nie sebab bagi dorang macam naik bangunan tinggi. Tapi bila adanya tarikan seperti zoo dan aquarium, memang dorang akan ingat sampai bila-bila.


Harga tiket masuk Blue Coral Aquarium ada seperti gambar di atas. Kalau ada perubahan itu tertakluk kepada pihak pengurusan di sana. Fiza share apa yang kami perlu bayar untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. 




Anak-anak memang enjoy masuk sini. Lagi pun dalam nie ada aircond. Memang selesa sangat lepas penat dekat mini zoo, masuk sini. Rasa nak tertidur pun ada. Sebab suasana pun sunyi, bunyi air dalam aquarium, pengunjung pun hanya kami je waktu ini. Memang best.

Nak bergambar pun tak de masalah, jangan terjun dalam aquarium je. Kang kene makan dengan ikan besar-besar. Haha.


Sedikit fakta mengenai Blue Coral Aquarium, ia dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 1 Disember 2012. Ia menampilkan pelbagai makhluk laut eksotik seperti Spotted Cardinalfish, Fire Clownfish, Percula Clownfish, Skunk Clownfish, Baby White Tip Reef Sharks, Carpet Anemones, Sand Anemones, Pufferfish yang cantik dan bintang laut lain.








Kalau korang datang sini jangan la letak harapan terlalu tinggi sebab kawasannya pun tidak luas. Cukup untuk anak-anak kenal ikan dalam laut. Bagi Fiza bagus sebenarnya Blue Coral Aquarium nie. Banyak juga jenis-jenis ikan yang ada, bersesuaikan dengan harga tiket.

Yang penting anak-anak happy. Kalau rasa nak tengok ikan yag lagi best, pergi je ke Aquaria KLCC. Betul tak?


Sekian sudah catatan perjalanan kami seharian di Menara Kuala Lumpur. Penat tak terkata tapi memang best. Rasa puas hati, kita duduk KL dan naik Menara KL. Lepas nie boleh pasang angan-angan nak naik Menara Namsan. Barulah betul. 

Wassalam.
 

Post a Comment

3 Comments

  1. terasa lama juga tak pergi KL hehehe

    ReplyDelete
  2. Tak tau pula ada Bluue Coral ni. Yang femes Aquaria kat KLCC je. Tapi harga tiket memang jauh beza laa.

    ReplyDelete
  3. Hari tu ke aquaria. Musim covid ni rasa a bit membazir sebab traffic kat dalam tu satu flow je. Bayar mahal jugak. Sabo je la. Boleh try gi kat KL Tower ni pulak la.

    ReplyDelete