Zakat Selangor Peduli menyalurkan bantuan secara "one-off" pada golongan yang terjejas akibat COVID-19

Assalamualaikum. Betapa beruntungnya kita yang masih mempunyai pendapatan untuk menyara hidup sama ada bekerja sendiri atau makan gaji di saat dunia dilanda pandemik Covid-19. Sejak awal tahun 2020 dan sehingga kini ianya masih belum menunjukkan wabak ini akan hilang. Yang penting sekarang ini, kita jaga diri dan keluarga, jaga SOP dan kekalkan penjarakan sosial bagi elak penularan.


Zakat Selangor Peduli menyalurkan bantuan secara "one-off" pada golongan yang terjejas akibat COVID-19 | Kesan pandemik yang dialami penduduk dunia khususnya dan penduduk di negara kita amnya bukan sedikit. Ternyata pandemik Covid-19 yang melanda secara langsung memberi impak kepada kemerosotan fungsi ekonomi serta ada yang hilang pendapatan serta pekerjaan.

Bila ingat balik pada bulan Mac tahun lepas, bila Kerajaan isytiharkan PKP 1.0, waktu itu gaji Fiza kena potong sebab duduk di rumah. Waktu itu syarikat tak iktiraf lagi Work From Home (WFH). Nak tak nak terima jelah. Mujur lepas itu gaji kembali normal selepas syarikat maklumkan kakitangan boleh bekerja secara bergilir-gilir dan adanya WFH.

Cuba bayangkan mereka yang tiba-tiba tiada terus pendapatan, macam mana nak langsaikan bil-bil, sewa rumah, kereta dan segala hutang pinjaman. Mujur juga Kerajaan umumkan moratarium. Memang banyak leganya juga kan. Lembaga Zakat Selangor pun tak duduk saja tau, mereka lebih memahami dan mengambil inisiatif untuk membantu golongan yang hilang sumber pendapatan, pekerjaan dan seumpamanya. Dengan cara yang bagaimana?



Bantuan Zakat Selangor Peduli

Di bawah inisiatif Lembaga Zakat Selangor, Bantuan Zakat Selangor Peduli diperkenalkan dan secara rasminya telah bermula bulan Julai 2021 yang lalu.


Bantuan ini adalah kesinambungan daripada produk bantuan sebelum ini, iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC19) dan Bantuan Alternatif Insan Terkesan (BAIT).

Fiza juga terbaca mengenai bantuan zakat peduli di Utusan Malaysia, 23 Julai 2021 yang mana sebanyak RM69.3 juta peruntukan disediakan untuk menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada golongan sedemikian termasuklah sumbangan makanan serta bantuan modal perniagaan. Manakala seramai 3,500 individu yang terkesan dengan wabak pandemik Covid-19 seperti kehilangan pekerjaan dan mengalami pengurangan pendapatan dibantu menerusi Program Zakat Selangor Peduli.


Utusan Malaysia : https://www.utusan.com.my/nasional/komuniti/2021/07/3500-individu-terima-bantuan-zakat-selangor-peduli/

FB : Zakat Selangor Daerah Kuala Selangor turun padang menziarahi Asnaf Fakir Miskin bagi Kariah Masjid Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang.


FB : Team Operasi Agihan Daerah Kuala Selangor turun menziarahi keluarga yang ditimpa musibah kemalangan pada akhir hujung 2020 di Perak yang mengakibatkan ibu mereka meninggal dunia dan ayah mereka pula lumpuh dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 26 Jun 2021


Zakat Selangor ada beri bantuan? Bila? Kenapa tak tahu pun?

Yang lepas tu biarlah lepas kan. Jadi Fiza nak korang take note nie pulak, bagitahu jiran-jiran, kawan-kawan, sanak saudara yang tinggal di Selangor. Boleh share kepada mereka yang mengalami masalah hilang sumber pendapatan untuk memohon bantuan ini kerana tarikh permohonan telah pun dibuka pada 23hb November sehingga 10hb Disember 2021. 

Bantuan yang disalurkan ini adalah secara one-off dan hanya terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan. Bagi yang ingin membuat rayuan sebab tempoh hari tak dapat atau permohonan baru, silalah berbuat demikian.

Tarikh permohonan telah dibuka bermula
 23hb November sehingga 10hb Disember 2021


Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak memohon dan apa syarat-syarat permohonan Zakat Selangor Peduli.


Kriteria layak untuk menerima bantuan Zakat Selangor Peduli 


Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
  • Beragama Islam
  • Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
  • Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
  • Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
  • Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.
Dah faham syarat-syarat, pemohon juga mestilah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan memenuhi kriteria seperti berikut:
  • Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
  • Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
  • Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
  • Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.
Permohonan bagi bantuan Zakat Selangor Peduli ini boleh diakses melalui pautan ini : Zakat Selangor Peduli



Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan

Macam biasa, nak memohon apa pun perlukan dokumen sokongan. Dan perlu diingat, pihak LZS berhak MENOLAK permohonan ini jika dokumen lampiran didapati tidak lengkap atau palsu. 


Contoh Bantuan di bawah Zakat Selangor Peduli

Selain daripada sumbangan barangan dan wang tunai, Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui inisiatif Zakat Selangor Peduli juga telah memperuntukkan agihan zakat sebanyak RM6 juta bagi sumbangan tablet beserta data internet kepada 7,000 orang pelajar asnaf Fakir/Miskin/Muallaf calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun 2021.

FB : Lembaga Zakat Selangor


Tunaikan Zakat Secara Online dan e-Wallet

Falsafah zakat juga menggambarkan keseimbangan sosial di dalam Islam. Semakin kaya sesebuah masyarakat, semakin meningkat kutipan zakat. Semakin meningkat kutipan zakat menjadikan semakin terbela asnaf-asnaf zakat.

Zakat adalah amalan baik yang berkesinambungan daripada apa yang telah diamalkan sebelum turunnya Islam. Sifat-sifat mulia seperti belas ihsan, prihatin dan suka bersedekah telah difardukan akhirnya.

Betapa cantiknya hukum dan syariat zakat, mengambil harta dari kalangan kaya dan berada untuk diberikan kepada yang miskin, melarat dan melata dan mereka yang memerlukan. Duit zakat yang kita berikan sangat-sangat membantu golongan yang sangat memerlukan. Lagipun cara nak tunaikan zakat makin mudah, online je atau guna e-Wallet.




JOM TUNAIKAN ZAKAT: Menang & Kongsi

Kempen tunaikan zakat kini kembali. Kali ini bersama rakan sinergi Tabung Haji (TH). Korang berpeluang memenangi hadiah menarik & berkongsi hadiah yang dimenenangi dengan asnaf. 



Wang tunai jumlah keseluruhan bernilai RM17,000 untuk dimenangi.

Hanya 2 langkah sahaja untuk berpeluang memenangi hadiah menarik; tunaikan zakat di mana mana platform LZS (online, ejen LZS, cawangan LZS), dan imbas kod QR untuk isi borang penyertaan. Kempen telah bermula pada 15 November 2021 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Disember 2021.

Untuk makluman lanjut sila layari: https://my2point5.zakatselangor.com.my/


Sebarang pertanyaan mengenai Zakat Selangor Peduli layari https://www.zakatselangor.com.my/peduli/
atau hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343

Untuk maklumat lanjut, layari 

Post a Comment

1 Comments

  1. Zakat Selangor banyak bagi bantuan pada mereka yang terjejas disebabkan covid kan...masyarakat je suka pejam mata dan salahkan lembaga zakat konon tak buat kerja.

    ReplyDelete