Projek Infaq Ramadhan 2021 Dapur Lapowey dengan servis penyediaan serta penghantaran makanan yang mudah, cepat dan selamat

Assalamualaikum. Bulan Ramadhan hanya tinggal sebulan sahaja lagi. Pasti ramai yang tidak sabar menunggu kedatangan bulan mulia yang penuh rahmat dan keampunan. Pada bulan Ramadan semua umat islam akan berlumba untuk mencari pahala dan keampunan dengan melaksanakan ibadat sunat seperti solat terawih dan amalan-amalan sunat lain. Tidak kurang juga bagi mereka yang ingin melaksanakan infaq di bulan Ramadhan.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.


Projek Infaq Ramadhan 2021 Dapur Lapowey dengan servis penyediaan serta penghantaran makanan yang mudah, cepat dan selamat | Sebagaimana yang kita sedia maklum, dunia telah dikejutkan dengan pandemik Covid-19 yang masih belum reda dan ia juga telah merubah cara hidup umat manusia terutamanya umat Islam dalam menjalani ibadah puasa dengan cara yang lebih serba sederhana. Tetapi walaupun begitu, umat Islam masih boleh mencari pahala dan bersedekah tanpa batasan dan sebanyak yang boleh kerana tiada batasan dalam bersedekah dan mencari pahala.

Oleh yang demikian, bagi memudahkan mereka yang ingin terus bersedekah dan melaksanakan Infaq Ramadhan pada tahun ini, hajat tersebut boleh dilaksanakan dengan membuat tempahan di Lapowey. 



Infaq Ramadhan Lapowey


Memandangkan dalam keadaan sekarang, pasti ramai yang ingin melaksanakan amalan sedekah Infaq tanpa turun padang. Bukan apa, dengan SOP yang ketat dan amalan penjarakkan sosial, sememangnya akan mengalami sedikit kesulitan. 

Oleh sebab itu dengan adanya Infaq Ramadhan Lapowey, semua badan korporat, individu yang berkemampuan boleh berhubung terus dengan pihak Lapowey untuk membuat sedekah infaq makanan kepada rumah kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah orang tua, frontliners (polis,bomba dll) dan lain-lain lagi tanpa perlu bersusah payah. Ini kerana pihak Lapowey akan menguruskan segalanya. Dengan cara yang bagaimana?




Pilihan Tempahan Menu

Pihak PENDERMA hanya perlu membuat tempahan kepada pihak Lapowey mengikut menu yang yang ada dan kuantiti yang diperlukan. Terdapat 6 set menu pilihan yang terdiri daripada masakan melayu seperti :

Set A - Briyani Kambing Tok Cu
Set B - Ayam Percik Merecik
Set C - Briyani Daging Klate
Set D - Daging Salai Gomonceh
Set E - Briyani Ayam Merah
Set F - Ikan Masam Manis

Minima tempahan adalah 100 pax. Penderma boleh memilih menu yang mereka kehendakkan dan Pihak Lapowey akan memasak masakan tersebut dan seterusnya membuat penghantaran secara PERCUMA kepada rumah-rumah kebajikan terpilih atau yang dipilih oleh PENDERMA.




Penghantaran PERCUMA sekitar Lembah Klang Sahaja

Untuk urusan penghantaran di luar Lembah Klang pihak penderma masih boleh berbincang dengan pihak pengurusan Lapowey. 

Bukti Penghantaran turut disediakan

Pihak Lapowey juga akan memuat naik bukti kepada pihak penderma dan media sosial (tanpa mendedahkan maklumat penderma) bahawa infaq makanan telah selesai disampaikan bagi pihak penderma.


Menu Lapowey Menepati Selera Semua


Bagi tidak menghampakan pihak penderma, yelah mana tahu kan tak sedap ke, menu sikit sangat ke? Tengok gambar memang la nampak sedap, betul tak?

Untuk itu Fiza juga telah diberi peluang oleh pihak Lapowey sendiri untuk merasai 2 menu utama mereka. Review yang akan Fiza berikan ini adalah ikhlas dan sekiranya ada ketidakpuasan hati, pihak Lapowey akan menambahbaik lagi masakan dan servis mereka.


Fiza telah diberikan dengan Set C - Briyani Daging Klate dan Set D - Daging Salai Gomonceh. Setiap set menu didatang dengan sebotol air mineral dan kurma dengan harga setiap set bermula RM 8.

Sewaktu terima makanan dari rider penghantar, keadaan makanan sangat baik dan tiada sebarang tumpah, atau makanan keluar dari bekas makanan. Pendek kata bekas makanan yang digunakan sangat kemas dan ketat. 

Set C - Briyani Daging Klate

 Set D - Daging Salai Gomonceh


Review rasa menu Lapowey

Memandangkan kedua-dua menu yang Fiza terima adalah daging, kedua-dua daging sangat empuk dan lembut. Kedua-dua menu sedap dan mempunyai taraf masakan 5 bintang. Rasa masin dan manis yang cukup dan kuantiti pun cukup untuk seorang makan dan boleh sampai tahap kenyang.

Daging empuk dan lembut, terbaik sangat


Nasi Briyani pun sedap dan lerai elok. Acar nenas dan timun pun sedap, rasa macam makan kat majlis kenduri kahwin. Memang terbaik.

Bila kenyang makan set Briyani Daging Klate, Fiza tidak teruskan dengan set kedua. Kenyang sangat. Jadinya Fiza simpan untuk makan jam 8 malam selepas balik kerja. Menu pertama tadi makan waktu tengah hari, dan yang kedua Fiza makan petang.

Memang tertanya-tanya juga, agaknya Nasi putih dan Daging Salai Gomonceh masih elok dan sedap lagi ke? Jawapannya ya. Masih sedap dan nasinya masih elok walaupun makanan dari tengah hari tadi. Pendek kata memang makanan Lapoway sangat tahan dan kualiti makanan mereka sangat terjamin. Puas hati betul dengan Daging Salai Gomonceh, ada pedas-pedas sikit dan kuahnya berlemak. Sayur pun segar, ada brokoli dan bukan yang jenis kuning-kuning atau layu. 

Tengok gambar pun masih terliur


Panjangkan review Fiza, bukan apa, ini nak buktikan bahawa makanan Infaq yang akan disediakan oleh Lapowey sememangnya sedap, berkualiti dan terjamin kebersihannya. 


Berminat Untuk Tempahan

Penderma boleh menghantar butiran seperti NoTelefon Talian tetap (Office Hour), 
Whatsapp, butiran IG dan FB kepada pihak Lapowey. 

Sebarang pertanyaan mengenai Infaq Ramadhan Lapowey, sila hubungi nombor-nombor yang tertera di bawah.


Facebook : Lapo Wey
Office : 03-77341278


#LapoweyXkbba9
#ProjekInfaqRamadhan2021
#JalanKeSyurga
#MurahMeriah
#kbba9
#kelabbloggerbenashaari

Post a comment

16 Comments

  1. Dah rasa memang sedap! Yang sedap laaa kita infaq kannn? Baru lah betul-betul puashati menderma 👍

    ReplyDelete
  2. Sedap set ayam percik merecik. Dah rasa dah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, baru ade projek macam ni,. Mudah orang nak buat amal jariah

    ReplyDelete
  4. terliur juga tengok menu2 tu semua :)

    ReplyDelete
  5. Nasi dia mengancam sungguh, terus lapa. Senang sape2 nak berinfaq, pilih je menu semua sedap2

    ReplyDelete
  6. mugo dipermudahkan beramal ibadah.. aminn

    ReplyDelete
  7. Menarik jgk dia buat servis infak mcm ni..ada rezeki insyaallah boleh la try nanti..

    ReplyDelete
  8. Wah semua sedap i like to try their briyani kambing, so tempting.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah, bagusnya projek mcm ni.. Kumpul pahala Jom..

    ReplyDelete
  10. Suka dengan konsep ya lebih pd amal, makanan pun boleh tahan tu nampak sedap

    ReplyDelete
  11. Siapa nak berinfak nnti boleh lah try servis lapowey ni.

    ReplyDelete
  12. Bagusnya dia buat secara amal cmni... Lagi nk ramadan ni mmg elok sgt kan..

    ReplyDelete
  13. tengok menu dia menarik sangat.. sambil tu beramal kan

    ReplyDelete
  14. Insyaallah... Ada rezeki lebih boleh berinfaq bulan ramadhan nnt 🥰

    ReplyDelete