Durian Crepe Musang King Cake, kek hari jadi dan bunga dari Flower Chimps

Assalamualaikum. Alhamdulillah sampai ke hari ini tak putus-putus lagi ucapan Selamat Hari Lahir dikirimkan melalui pm tepi. Kita bukan artis tetapi kalau kita baik dengan orang, orang tak akan lupakan kita. 



Durian Crepe Musang King Cake, kek hari jadi dan bunga dari Flower Chimps | Sambutan hari jadi tahun ini macam biasa, sambut di rumah sebab 11 Disember memang setiap tahun cuti kat Selangor nie. Mana tak nya sama dengan Hari Keputeraan Sultan Selangor. Jadinya kita cuti satu Selangor. 

Tahun ini Fiza ada kek hari jadi dan bunga dari Flower Chimps. Kek yang dah lama sangat Fiza teringin nak makan iaitu Durian Crepe Musang King Cake. Flower bouquetnya pun wangi dan sampai sekarang bunganya mekar dan cantik lagi walaupun sudah 4 hari berlalu. 


Ada kek durian, brownies dan pavlova


Pink Moment Bouquet


Durian Crepe Musang King Cake


Jambangan bunga terdiri daripada Yellow Lilies, Shocking Pink Roses dan Light Pink Carnation Spray


Mama dapat ciuman hari jadi, ini hadiah paling bermakna


Untuk bagi meriah, Fiza juga oder brownies dan pavlova dari Oven dan Loyang. Memang teringin nak makan pavlova dan brownies pula memang kegemaran Thaqif. Jadinya, memang tak salah nak makan segala kek, lagi pun hari jadi kan. 

Brownies Choco Chip


Nutella Pavlova with fruit


Suap dedi dulu.. 

Hari jadi mestilah ada hadiah. Tahun ini pihak Shopee hadiahkan Fiza baucer RM300. Kebetulan pula dengan hari jadi. Fiza pun redeem dua barang yang Fiza teringin nak dapatkan. Alhamdulillah hadiah  tiba sehari sebelum hari jadi. Maka ia adalah macam hadiah untuk Fiza jugaklah kan.



Suami Fiza pula hadiahkan Carlo Rino Tote Bag. Memang jenama beg yang Fiza selalu gunakan. Suami pun macam faham-faham je kita nak apa. Kalau nk tengok koleksi beg Carlo Rino yang Fiza ada, boleh baca hadiah ulangtahun perkahwinan. 


Carlo Rino Tote Bag hadiah dari suami

Memandangkan PKPB juga telah boleh rentas negeri, petang hari yang sama Fiza pulang ke kampung. Jadinya kami potong kek dengan mak dan abah. Mana boleh lupakan mereka. Lengkaplah sambutan hari lahir Fiza bila dapat bersama dengan mak dan abah. 

Akhir kata, terima kasih buat semua yang memberikan ucapan hari jadi, doa-doa yang dikirimkan semuanya Fiza aminkan. Semuanya amat bermakna buat Fiza.

Wassalam.

Post a Comment

0 Comments