Pengalaman menempah dan DIY kemeja-T Grafik serta magnet gambar di Printcious.com

Seronok apabila tempahan kemeja-T Grafik rekaan sendiri dan juga magnet bergambar telah sampai di tangan tidak sampai seminggu tempahan dibuat. Mana lagi kalau bukan di Printcious.com.

Kemeja-T Grafik dan magnet bergambar

Hasil yang sangat cantik dan sama dengan yang Fiza kehendakkan
Pengalaman menempah dan membuat DIY kemeja-T Grafik serta magnet gambar di Printcious.com | Platform yang sangat mudah untuk Fiza menyempurnakan kenangan untuk diri sendiri ataupun dijadikan sebagai hadiah. 

Cantik dan kemas
Selesa dan material kain 100% kapas
Memandangkan sambutan hari lahir anak kedua Fiza bakal berlangsung pada hujung bulan Disember ini. Fiza merancang untuk menyediakan rekaan kemeja-T sedondon untuk kami sekeluarga. Untuk pengalaman pertama kali membeli di Printcious.com, Fiza cuba untuk dapatkan kemeja-T berwarna hitam khas untuk suami dahulu.


Bagaimana untuk menempah Kemeja-T Grafik rekaan sendiri


Cara untuk membuat tempahan amat mudah. Jangan lupa untuk mendaftar sebagai ahli kerana segala butiran peribadi seperti alamat penghantaran perlu diisi untuk tujuan penghantaran.

1. Pilih kategori kemeja-T dan klik Create Your Own. Di sini baru Fiza boleh design mengikut suka dan tanpa limit jika hendak dibandingkan dengan jenis kemeja-T yang lain.

Create Your Own


2. Pilihan warna adalah hitam dengan saiz M

Tetapkan saiz dan warna


 3. Masukkan tulisan dengan klik menu ADD TEXT.

Design bermula ikut kretiviti kita

4. Masukkan gambar dengan klik menu Image. Kemudian akan keluar arahan untuk kita memuatnaik gambar yang dikehendaki. 

Proses meletakkan image


5. Perkemaskan design kemeja-T dan tekan butang selesai. 

Masa untuk memperkemaskan


6. Boleh buat semak keluar sekiranya telah berpuas hati. Tekan butang SEMAK KELUAR.

Semak keluar



Selain kemeja-T, Fiza juga tertarik  kepada magnet bergambar. Boleh dijadikan koleksi tambahan di peti sejuk rumah.

Magnet bergambar bersaiz 6cm x 6cm, ketebalan 6mm dan bahan kayu

Keseluruhannya memang Fiza sangat berpuas hati. Platform yang sangat mesra pengguna, tidak perlu skill tinggi untuk membuat rekaan design sendiri. Cepat, mudah dan senang. Fiza memang akan membuat tempahan lagi selepas ini.



Jika anda mencari perkhidmatan percetakan mug terbaik, jangan lupa untuk menghubungi mereka. Atau jika anda mempunyai pesta ulang tahun yang akan datang dan ingin menarik perhatian tetamu anda, penyewaan photobooth adalah hiburan terbaik buat anda.


Kami juga mengalu-alukan sebarang penajaan untuk mendapatkan penaja untuk acara mereka. Jangan ketinggalan untuk merebut peluang besar ini dengan klik di sini  
Printcious juga boleh didapati di SingaporeAustraliaHong KongCanadaPhilippines & Taiwan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Printcious ataupun ke laman sosial Printcious seperti di bawah:


Post a comment

6 Comments

  1. Yeah... LeYa pun suka dengan Printcious.com ni. Sebab mudah dan friendly sangat. Tak perlu nak terror sangat dalam tshirt design pun dah siap hasil kita kan.. Hehe.. Memang best dan terbaik.

    ReplyDelete
  2. Bestnya! Nak reka design baju tu pun nampak senang. Ada perkhidmatan photobooth jgak ya. Bolehlah nanti kot nak buat mmajlis.

    ReplyDelete
  3. Dah follow blog saya kah tuan blog ni..terima kasih andai jika dah follow ya

    ReplyDelete