Resipi Buah Melaka warna biru senang dan mudah

Assalamualaikum. Bulan puasa nie, musim PKP nak tak nak kenelah try buat kuih sendiri walaupun nak makan hanya beberapa butir. Dulu ada bazar, sekarang nie kalau order pun belum tentu dapat makan. Cara paling mudah beli barang dan buat je sendiri. 

Disebabkan teringin nak makan kuih buah melaka atau onde-onde, kalau di Kelantan dorang panggil Kekoh Char, encik suami pun carilah barang yang diperlukan dan dalam banyak-banyak bahan, pewarna hijau pula habis. Nak tak nak kita pakai jelah warna apa yang ada. 


Kalau nak kongsi resipi rasanya dah banyak sangat kalau korang search kat google tu. Tapi bagi yang tak tahu nak buat dan bahan-bahan yang perlu ada, Fiza akan kongsikan. Nak buat buah melaka nie tak perlukan tepung gandum tau, tapi perlukan tepung pulut dan tepung beras.

Bahan-bahan (10 biji) :

4 sudu besar tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
Gula Melaka
Pewarna biru (boleh tukar seeloknya warna pandan)
1/2 kelapa parut (kukus elak basi)
Garam

Cara-cara ada di gambar : 

tepung pulut
tepung beras
Adunan yang siap
Gula melaka

Pewarna biru
Siap gentel, dalam ada gula melaka
Panaskan air sehingga menggelegak
Masukkan buah melaka
Bila timbul maknanya dah masak
Angkat dan toskan
Kelapa parut digaul sedikit garam
Golekkan dalam kelapa dan siap

Walaupun warnanya nampak pelik tapi rasanya tetap sama malah nampak lebih menarik lagi. Lepas nie boleh lah try warna lain pula. Jadinya Fiza namakan kuih buah blueberry. Selamat mencuba.

Wassalam. 

Post a comment

0 Comments