Resipi Cek Mek Molek paling senang

Assalamualaikum. Musim PKP, meamgn Fiza belajar bersungguh-sungguh  buat kuih untuk berbuka puasa. Yelah, kalau nak beli kat mana. Bila jadi nak la kongsikan dengan pembaca. Okay kuih yang suami teringin sangat nak makan. cek mek molek. Duk terfikir, susah ke nak buat? 

Sebenarnya kuih ini paling mudah dari segi bahan tapi hendak hasilkan tu renyah sedikit. Tapi rasanya memang sedap. 


Bahan-bahan :

Japanese Sweet Potato (ubi keledek pun boleh janji ubi)
Tepung Gandum
Gula


Cara-cara :

Rebus ubi sehingga empuk. Lenyekkan.

Ubi yang dilenyek kemudiannya diuli dengan tepung gandum. Agak-agak lembut dan tidak keras sangat.

Bentukkan kuih cek mek molek dan masukkan sesudu kecil gula.

Goreng dalam minyak yang banyak.

Agak kekuningan, angkat dan sedia untuk dihidang.

Japanese Sweet Potato


Rebus sehingga empuk
Lenyekkan ubi sehingga hancur

Masukkan tepung sikit demi sedikit
Uli sehingga bentuk doh, tak keras, tak lembut
Gula
Masukkan sesudu gula
Bentukkan cek mek molek
Adunan guna 3 biji ubi jepun
Goreng dengan api sederhana
Lembut dan sedap

Memang mudah kalau tahu teknik. Boleh la buat juadah berbuka puasa dan minum petang. Selamat mencuba.

Wassalam.

Post a comment

1 Comments

  1. good idea fiza.. waa boleh buat petang ni.tp guna potato je. sedap ni..bgn pn ade

    ReplyDelete