Tollyjoy Corporation lancarkan ‘Partners in Parenting’ bagi membantu ibu bapa muda

Dalam menjiwai keperluan ibu bapa muda dan kepentingan membantu mereka untuk membesarkan cahaya mata mereka, Tollyjoy Corporation telah berkerjasama dengan PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) Jaya One dan OrphanCare Foundation untuk melancarkan ‘Partners in Parenting’. 



Hadir untuk merasmikan ‘Partners in Parenting’ merupakan tetamu kehormat Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.




Majlis pelancaran itu turut disaksikan oleh Puan Suzliana Abd Hamid, Timbalan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (info: ibusyurga), Puan Nor Aishah Osman, Pemegang Amanah OrphanCare serta Encik Mark Tan and Puan Khor Geok Kee, Pengarah Tollyjoy Corporation.


Tahniah diucapkan kepada Tollyjoy Corporation. Tak sabar untuk hadir pada sesi-sesi perbincangan yang akan dianjurkan tidak lama lagi.


Post a comment

1 Comments