Find us on Facebook

RHB GPS Family Day 2018 di FRIM Kepong

Assalamualaikum. Pada 17 November 2018, RHB Bank telah mengadakan sambutan hari keluarga buat kakitangan dan keluarga  di Fragrance Villa, FRIM Kepong dengan penglibatan semua ahli keluarga bahagian GPS iaitu Group Procurement Services.


Vila Fragrance, FRIM Kepong 


RHB GPS Family Day 2018 di FRIM Kepong | Pertama kali Fiza mengikut suami untuk hadir bersama-sama memeriahkan sambutan  Hari Keluarga yang hanya diadakan setahun sekali. Memandangkan Thaqif pun sudah besar, harap boleh libatkan dia dalam acara yang akan dipertandingkan.

Majlis bermula seawal 9 pagi dengan sesi pendaftaran, sarapan pagi  dan kemudian diikuti dengan sesi bergambar seluruh kakitangan bersama ahli keluarga.


Sarapan pagi nasi lemak  


Ambil gambar, macam ini gayanya.


Sesi bergambar


Harap Huwainaa bertahan sepanjang berada di sini


Kami sekeluarga


Ahli keluarga boleh duduk bawah khemah atau dalam vila. 

Acara cari gula-gula dalam tepung yang mana Dedi tidak memasukkan nama Thaqif pun sebab umur terlalu muda. Kesian pun ada sebab dia memang nak sangat join tapi tak sesuai sebab budak-budak lain semua badan besar-besar.

Dedi terpaksa pegang Thaqif takut dia melulu ke tepung.


Gimik je nie sebab gula-gula dah tiada.


Acara rebut gula-gula
Yang ini Thaqif masuk dan merupakan peserta termuda.


Boleh saksikan di sini Abang Thaqif merebut gula-gula


Acara Tarik Tali

Sebenarnya Fiza tidak terlalu tumpu sangat dengan acara yang ada sebab cuaca panas terik dan Fiza banyak habiskan masa dalam vila bersama Thaqif dan Huwainaa. Lagipun memang tak elok sangat nak berjemur dengan dorang yang masih kecil.

Habis semua acara, terus dengan sesi penyampaian hadiah. Waktu itu Huwainaa pun dah merengek nak tidur. Kami pun beransur pulang walaupun acara belum selesai. 


Setiap keluarga diberi Goodies bag untuk dibawa pulang

Walaubagaimana pun kami gembira dan Thaqif dapatlah 4 biji gula-gula hasil berebut tadi. Pertama kali juga Fiza masuk ke FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia). Kawasannya luas dan ada sungai untuk pengunjung mandi manda.

Lain kali boleh datang ke sini untuk tinjau-tinjau FRIM pula. Tempat yang menarik untuk berkelah bersama ahli keluarga.

Wassalam.

Sudilah untuk Subscribe di Youtube HaFiza AizZawa (link)


Post a Comment

2 Comments