Selamat Menyambut Tahun Baru 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Hari ini merupakan hari terakhir kita berada dalam tahun 2018. Esok kita akan memasuki tahun baru iaitu tahun 2019.



Selamat Menyambut Tahun Baru 2019 |  Buat pembaca Ourmemoria Blog, Fiza ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2019. Tahun baru mesti ada azam baru. Fiza ada azam yang lama dan sampai sekarang tak tercapai lagi. Malu nak bagitahu sebab setiap tahun sama sahaja. Harap tahun ini niat nak belajar menjahit tercapai. 

Untuk kerjaya Fiza sekarang, harap Fiza masih dikekalkan dan menjadi pekerja yang dapat menyumbang lebih lagi kepada syarikat. Fiza sayang pada kerjaya Fiza sekarang kerana ia merupakan punca rezeki untuk membantu suami menyara keluarga.  

Selain itu Fiza berharap sangat untuk lebih maju dalam dunia blogging ini. Ada yang cakap blogging ini ketinggalan zaman. Biarlah ketinggalan zaman pun, sekurang-kurangnya dengan menulis di blog ia dapat memberi kenangan dan ketenangan buat Fiza. 

Sponsor-sponsor datanglah pada Fiza. Macam jampi pulak kan. Sebelum nak ada sponsor perlu lah naikkan PV blog dahulu. Adui tak tahulah Fiza nak buat macam mana. Harap adalah rezeki dalam dunia blogging ini.

Anak-anak pun makin besar. Fiza memang berazam untuk besarkan anak sebaik yang mungkin. Tahun 2020 abang Thaqif dah nak bersekolah. Rutin Fiza pun akan berubah. Walaupun tinggal lagi setahun tapi masa itu terlalu cepat berlalu. Fiza perlu bersedia dari sekarang.

Doa Fiza supaya kita semua diberikan kesihatan yang baik. Semua perkara bermula dengan kesihatan. Jika sihat semua perkara kita boleh lakukan. Oleh itu jaga pemakanan, jaga kesihatan. In syaa Allah apa sahaja yang kita hajati dan kehendakkan akan menjadi kenyataan dengan izin Allah.

Akhir kata untuk tahun 2019, terima kasih atas sokongan pembaca-pembaca semua. Harap tidak jemu untuk singgah membaca ke Ourmemoria blog. Selamat Menyambut Tahun Baru 2019. Diharapkan tahun 2019 akan membawa lebih banyak kebahagiaan, keceriaan dan kejayaan. Amin.

Salam Tahun Baru 2019,

Fiza Aizzawa


Post a comment

8 Comments

  1. selamat tahun baru 2019 fiza. teruskn ber blogging fiza. Nak tips merapu jgn lupa singgah blog Cik Nor..haha

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut tahun baru 2019 kak fiza :)

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru 2019 semoga lebih success di tahun 2019 nanti.

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut tahun baru 2019 :)

    ReplyDelete