Menikmati Laksa Sarawak di Mr Laksa

Assalamualaikum. Kalau sebut pasal laksa mesti teringat Laksa Utara. Selain laksa utara, ada laksa Johor, laksam kalau di sebelah Kelantan dan Laksa Sarawak. Semua jenis laksa Fiza sudah pernah rasa dan makan kecuali laksa Sarawak. 

Jalan-jalan di Sg. Buloh minggu lepas terjumpa cafe menjual laksa. Tengok menu ada tulis Laksa Sarawak. Memang tak pikir panjang. Terus order di kaunter sebab memang teringin sangat nak tahu macam mana rupa dan rasa laksa Sarawak.

Mr. Laksa terletak dalam shopping Mall Sg. Buloh



Laksa Sarawak dengan minuman Ice Peach tea

Harga agak mahal kalau nak dibandingkan dengan persembahan makanan yang hanya menggunakan pinggan cawan kertas pakai buang. Rasanya sedap dan boleh kalau nak makan lagi lepas ini. Cuma air dia tiada rasa mungkin sebab banyak letak ais.

Dengan ini secara rasmi Fiza telah merasai Laksa Sarawak. Sedap dan rasa seperti mee kari. Tapi kegemaran Fiza masih laksam.

Wassalam.

Post a comment

4 Comments