Find us on Facebook

K-Drama Review : Time

Assalamualaikum. Lama tak review drama korea. Drama terbaru yang hampir habis Fiza layan bertajuk Time. Tajuk yang simple dengan jalan cerita yang mudah. Drama serius lakonan Kim Jung-Hyun dan  Seohyun (SNSD). 

Image Source : Google Image

Tajuk : Time
Genre : Romantik. Melodrama
Rangkaian : MBC
Bilangan Episod : 32
Mula Ditayangkan : 25 Julai 2018


Plot Cerita

Seorang lelaki yang tidak mempunyai banyak masa untuk hidup (kanser otak). Oleh yang demikian dia memberi memberi segalanya yang dia ada untuk berjuang dalam membantu seorang wanita yang hidupnya musnah dek kerana lelaki tersebut juga. 

Soo-Ho (Kim Jung-Hyun) adalah CEO sebuah restoran dan anak keluarga kaya yang menjalankan syarikat besar W. Oleh kerana kehidupan Ji-Hyun (Seohyun) hancur disebabkan olehnya, Soo-Ho mahu kembali kepada Ji-Hyun. 

Ji-Hyun mempunyai keperibadian yang ceria dan mudah bergaul dengan orang lain. Tetapi perkara berubah apabila adik perempuannya tiba-tiba mati dan disusuli dengan kematian ibunya.

Bagaimana adik perempuannya mati dan siapa yang bersubahat dalam kes menjadi tanda tanya buat Ji-Hyun. Sejak daripada peristiwa itu, hidup Ji-Hyun berubah dan dia nekad untuk membuat apa sahaja demi mendapat jawapan kepada kematian kedua-dua insan yang disayanginya.


Pelakon Utama

Kim Jung-Hyun

Seohyun

Kim Joon-Han

Hwang Seung-Un


Rumusan / Ulasan

Jalan cerita yang perlahan dan sedih. Cerita yang kalau korang tengok memang tiada gelak ketawa kerana cerita terlalu serius. Tiada juga babak percintaan yang romantik. Walaupun begitu Fiza memang layan juga sebab masih best. 


Wassalam.

Post a Comment

5 Comments

  1. Ala.. sedih ke ceritanya.. Dah save cuma tak tgk lagi je..

    ReplyDelete
  2. comel2 pelakon korea ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. bc plot verita mengingatkn sy drama green rose😊

    ReplyDelete
  4. Dah ada dalam simpanan cuma tak berkesempatan lagi nak tengok..

    ReplyDelete