Philips Disney SoftPal LED Mickey Lampu Malam Mudah Alih

Assalamualaikum. Philips Disney SoftPal LED Mickey adalah hadiah yang Fiza terima daripada pihak Astro Circle dan Disney Kids Club kerana menang peraduan Tune in & Win, Disney Elena of Avalor. Boleh baca di sini

Philips Disney SoftPal LED Mickey ini adalah rakan cahaya yang lembut  (soft light) bagi menerangi bilik tidur anak-anak.
Philips Disney SoftPal LED Mickey

Plug 3 pin

Manual pengguna

Pengecasan mudah dengan aruhan di atas dock

Dock pengecas 

Produk Mesra Kanak-kanak, sebelum guna cas dahulu selama 12 jam  

Thaqif bersama SoftPal 

Untuk malam yang penuh dengan cahaya

SoftPal direka khas untuk kanak-kanak, dan ia memastikan cahaya menerangi bilik tidur dan anak akan merasa selamat dan selesa. Cas selama 12 jam dan lampu dapat bertahan 48 jam. Harga pasaran di Lelong.my adalah RM 193.00. 

Menarik kan. Buat masa ini, Thaqif masih tidur dengan Mama, maka SoftPal disimpan dahulu. Tiba masa nanti baru guna. 

Wassalam.

Post a comment

2 Comments