Latihan Menembak Tahunan 2017 di Lapang Sasar PDRM, Kuala Kubu Bharu

Assalamualaikum. Minggu yang sibuk. Hari ini berkesempatan untuk update aktiviti minggu lepas. Menjadi aktiviti tahunan di syarikat Fiza bekerja untuk menganjurkan latihan menembak tahunan buat pengawal keselamatan.

2 tahun Fiza tidak melibatkan diri secara langsung di lapang sasar kerana pada tahun 2015, Fiza pregnant dan pada tahun 2016, Fiza perlu menjaga Thaqif yang masih kecil waktu itu. Tahun 2017, Fiza rasa teruja dan betapa seronok bila dapat peluang untuk menembak pistol.

Pada 25 Februari 2017, Latihan Menembak Tahunan 2017 dengan jayanya telah berlangsung di Lapang Sasar PDRM, Kuala Kubu Bharu, Selangor dengan penglibatan semua kakitangan syarikat dan pengawal bersenjata.

Sesi raptai penuh telah diadakan pada 24 February 2017 selepas solat Jumaat. Sempat ambil gambar pada hari raptai.





Keesokan pagi, semua kakitangan perlu berkumpul seawal jam 6 pagi untuk sesi pendaftaran dan sarapan pagi. Sesi perasmian bermula jam 9 pagi.

Seawal 6.30 pagi kami dah berselfie.

Kaunter pendaftaran

Sebelum bermula, kita bergambar banyak-banyak

Hanis, Lyn dan Along

Bersama staf Jab. HR

Perbarisan Pengawal bersenjata

Senjata yang akan digunakan

Pistol terdiri daripada HK dan revolver.

Peluru pumpgun

 
Pengurus Besar

Majlis Perasmian

Selepas perasmian, bermulalah sesi menembak buat anggota pengawal bersenjata. Keselamatan perlu diutamakan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Taklimat sebelum memulakan latihan. Bagi anggota yang lama atau baru, peringatan perlu diberikan setiap kali hendak memulakan tembakan.

Antara posisi yang sesuai untuk menembak menggunakan senjata pumpgun. 

Lapang sasar

Fiza ditugaskan untuk menemani tetamu VIP Datin Sekin pada hari tersebut. Datin juga akan menembak pistol buat pertama kali.

Bersama Datin Sekin 

Hebat walaupun kali pertama menggunakan pistol

Fiza juga berpeluang untuk menggunakan pistol HK dan revolver. 2 tahun tak menembak, terketar-ketar seperti baru kali pertama memegang pistol. 50 butir peluru rasa sekejap je habis. 
Malu nak tunjuk result menembak lagi satu. 
Tapi ini elok sikit.

Sesi yang paling ditunggu adalah majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Waktu ini berdebar-debar tunggu nama. Mana tahu bertuah. Hamper pun boleh tahan besarnya.

Hadiah berupa Piala pusingan, plug, plug cenderahati, barangan elektrik dan hamper.

Kami kaki bergambar.

Posing dengan piala pusingan

Kami yang bertuah.

Rezeki Thaqif mama dapat hamper cabutan bertuah.

Majlis berlangsung dengan jayanya dan kami juga ada sesi bergambar untuk semua kakitangan. Seronok sangat bila dapat bersama-sama memeriahkan dan menjayakan majlis yang besar sebegini. Alhamdulillah.

Wassalam.

Post a comment

5 Comments

  1. wow..bestnya..siap ada hadiah..:)

    ReplyDelete
  2. Kira ok la tu tembakan fiza, klau sy pegang pistol pun x pernh apalagi nak menembak hihi..murah rezki fiza dpt hamper

    ReplyDelete
  3. Wah, bestnya Fiza! Saya tak ada pengalaman lagi menembak. Main game tembak2 adalah,... 😊

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. tahniah fiza..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah murah nya rezeki sis.. semoga bpnjgn slalu..amin ya rabb =D pertama dan terakhir J U jejak lapang sasar masa join plkn 2008 =D

    ReplyDelete