Find us on Facebook

Viral : Campak Ular, Kesan Trauma Mental Berpanjangan

Assalamualaikum. Telah menjadi Viral di FB di mana kakitangan JPAM Perak menggunakan ular sebenar untuk sesi latihan mereka dan melibatkan kanak-kanak. 

Copy paste daripada FB Public Health Malaysia.



  Foto diambil daripada klip video berdurasi 50 saat yang diviralkan sejak semalam


Kes campak ular kepada kanak-kanak, boleh memberi kesan trauma mental berpanjangan.

Terima kasih kepada media sosial serta pihak yang mendedahkan video kanak kanak di sebuah kem latihan yang di "dera" secara emosi dan fizikal dengan menakutkan kanak kanak dengan mencampakkan ULAR ke dalam kolam dengan alasan untuk meningkatkan jati diri kanak kanak tersebut. Ternyata, ini bukannya kali pertama pendekatan yang sama di gunakan oleh pihak kem tersebut dalam modul mereka. KETAKUTAN kanak kanak tersebut boleh di rasai dengan jelas menerusi jeritan bingit sepanjang video tersebut.

Untuk makluman, TIADA kajian yang mengesahkan penggunaan material yang menakutkan seperti ULAR dapat meningkatkan JATI DIRI atau motivasi seorang kanak kanak.


Ular sememangnya di ketahui sebagai reptilia berbisa yang boleh membunuh. Adalah suatu respon yang normal untuk mana mana individu, sama ada kanak kanak mahupun dewasa untuk berasa takut dengan ular. Rasa takut kepada ular di kenali sebagai Ophidiophobia dan 1 per 3 manusia akan mengalami perasaan ini.

Menurut seorang profesor psikologi, ia berkait rapat dengan evolusi manusia dan ia penting agar manusia dapat meneruskan kemandirian di dalam persekitaran dengan mengenalpasti dengan pantas dan bertindak apabila berhadapan dengan ancaman seperti ular.

Tahukah anda, aktiviti tersebut bukan sahaja tidak bermanfaat malah kanak kanak tersebut berisiko untuk mengalami kesan trauma mental yang berpanjangan serta memberi kesan sepanjang hidup?
------------------------------------------------------

Apakah itu posttraumatic stress disorder (PTSD)?

Posttraumatic stress disorder (PTSD) adalah kecelaruan emosi berpanjangan yang berlaku selepas seseorang berhadapan dengan sesuatu tragedi di dalam kehidupan mereka.

Trauma ini sangat menakutkan, mengancam nyawa dan merbahaya kepada individu atau keluarga individu tersebut.

Contoh trauma tersebut adalah seperti menjadi menjadi mangsa kemalangan, mangsa rogol, mangsa bencana alam seperti tsunami, serta pengalaman yang menakutkan seperti ancaman ular.

Apakah tanda-tanda PTSD?

1) Pendedahan (Exposure) terhadap trauma. Pendedahan ini melibatkan individu tersebut berhadapan secara langsung atau tidak langsung (seperti menyaksikannya sahaja) trauma tersebut.

2) Merasai kembali ( Re-experience) trauma. Individu tersebut merasai kembali seolah-olah trauma tersebut berlaku kembali terhadap dirinya. Ini termasuk mempunyai mimpi ngeri trauma, atau flashback tentang trauma sentiasa menyelubunginya. Contohnya kanak kanak malang tersebut akan bermimpi ngeri mengenai ular.

3) Mudah terkejut dan resah ( Hyperarousal). Individu menjadi mudah terkejut dengan sebarang perkara yang barkaitan dengan trauma, tersentuh dan resah gelisah, mula menjauhkan diri dari orang lain, cepat marah, susah tidur dan boleh mendapat anxiety dan kemurungan. Perasaan ini boleh menjad lebih buruk dengan stimulasi mengenai ular seperti gambar, tv, komputer.

4) Mengelak perkara berkaitan trauma (Avoidance). Individu tersebut sedaya upaya tidak mahu mengingati apa-apa perkara yang berkaitan dengan trauma. Contohnya, jika PTSD berlaku akibat kejadian ular, individu tersebut akan mengelakkan dari melihat ular walaupun ular tersebut berada di dalam sangkar.
5) Tanda-tanda di atas telah berlaku selama lebih sebulan selepas terdedah kepada trauma. Ia menyebabkan fungsi individu seperti pekerjaan, tugas seharian, hubungan dengan keluarga dan orang lain terjejas. Ia disahkan tiada kaitan dengan penyakit fizikal, pengambilan dadah atau ubat.

Apa berlaku jika PTSD tidak dirawat?

50% pesakit PTSD boleh mendapat kemurungan dan ini boleh mendedahkan mereka kepada perasaan ingin bunuh diri.

50% pesakit PTSD terlibat dengan ketagihan alcohol atau dadah seperti ubat tidur untuk menghilangkan kerisauan dan mengatasi masalah tidur mereka.

Bagaimana PTSD dirawat?

Rawatan Kecelaruan PTSD adalah menyeluruh berdasarkan prinsip biopsikososial dan spiritual. Rawatan juga bergantung kepada keterukan (severity) penyakit ini.Pesakit yang mengalami kecelaruan PTSD jarang sekali perlu dimasukkan ke hospital. 

Rawatan juga merangkumi ubat ubatan, congnitif behavior theraphy dan lain lain.
--------------------------------------------------------

Public Health Malaysia menyarankan agar ibu bapa kanak kanak yang terlibat dalam kem tersebut untuk memerhatikan sebarang perubahan kepada anak anak dan mendapatkan khidmat nasihat dari pegawai perubatan untuk rawatan dan terapi lanjut.

Pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan juga perlu bertanggungjawab dalam memantau pengisian program program yang di anjurkan oleh pihak sekolah.
Rujukan
1.http://www.dailymotion.com/video/x4xr4ft
2. http://drsalmi.blogspot.my/2008_04_01_archive.html
3. DEBRA KAMINER, SORAYA SEEDAT, DAN J. STEIN, Post-traumatic stress disorder in children.

Kita boleh menilai sendiri 
apa yang mereka telah lakukan kepada kanak-kanak tersebut. Fiza juga merasa amat marah dan harap kakitangan yang terlibat dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan terkutuk mereka. 
Wassalam.

Post a Comment

5 Comments

  1. cuba diorang yang tua dimasukkan dalam tu,campak ular tedung ke,sawa ke...apa reaksi diorang...sengal

    ReplyDelete
  2. Klau lya sndiri pun pasti mrh, jgn d main2 dgn ular.

    ReplyDelete
  3. ish apa punya kem camni ni. budak sekolah rendah kot. sekolah menengah takda sekejam ni punya training. ;'(

    ReplyDelete
  4. saya sm sekali x setuju dgn cara mcm ni...

    ReplyDelete