Find us on Facebook

Panduan penyimpanan susu perahan EBM

Assalamualaikum. Baru-baru ini Fiza telah membeli tambahan storage bottle simpan susu untuk diberikan kepada pengasuh Baby Thaqif di Lazada Malaysia. Pada mulanya terfikir untuk membeli  milk storage bag, tapi memandangkan ia pakai buang,  Fiza memilih untuk menggunakan botol plastik. Fiza nak kongsi sikit entry nie khas utk mommies yg bekerja dan ingin memberi baby full breast feeding (BF).

10 pilihan cara simpanan susu perahan.

1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.

2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.

3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.

4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.

5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.

6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.

7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.

8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.

9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.

10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.

Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?

Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.

Bolehkah susu lebihan disimpan semula?

Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.


Breastmilk Storage jenama Jingle Jungle

 
1 kotak 10 botol

 
Breastmilk Storage jenama Pureen

Peti ais juga memainkan penting untuk menentukan tempoh susu perahan disimpan. Susu EBM dapat disimpan sehingga 6 bulan tetapi jika menggunakan peti sejuk Deep Freezer. Tapi normal di rumah kita menggunakan peti sejuk 2 pintu dan tempoh susu dapat bertahan adalah selama 3 bulan.

google image

Panduan penyimpanan susu amat penting terutamanya buat ibu bekerja. Harap panduan yang sedikit ini dapat menjadi rujukan buat ibu-ibu yang memerlukan maklumat mengenai penyimpanan susu EBM.

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments