Find us on Facebook

Karaoke Keluarga Manekineko sesuai untuk bawa anak kecil berkaraoke

Assalamualaikum. Zaman bujang, zaman study kat UM dulu memang Fiza suka pergi karok dengan kawan-kawan. Sebab suara tak sedap, kena la nyanyi kat tempat karaoke, kalau nyanyi depan orang ramai risau semua orang pengsan dan diikuti dengan ribut petir serta hujan lebat. Hahaha..


Karaoke Keluarga Manekineko sesuai untuk bawa anak kecil berkaraoke | Macam biasa la lepas kahwin pergi juga sekali sekala lepas tu ada anak terus tak jejak dah kaki kat tempat macam nie. Sebab kebiasaannya tempat karaoke nie memang tak sesuai bawa budak-budak dan kanak-kanak. Tapi kalau korang terjumpa Karaoke Keluarga Manekineko, jangan segan silu nak masuk sebab pusat karaoke Manekineko boleh bawa anak. 

Haaaa betul.. Mesti ramai yang dah tahu kan.. Kalau dah tahu tak pe.. tapi kalau mak ayah yang tak tahu lagi, boleh la teruskan hobi menyanyi mak ayah tu. Boleh hilang stress kalau dapat nyanyi tau.



MANEKINEKO, salah satu rangkaian karaoke utama terbesar Jepun dengan lebih daripada 500 cawangan di seluruh negara termasuk Kuala Lumpur. Kat KL nie ada 5 outlet Manekineko dengan logo kucing comel tu iaitu di EkoCheras Mall, Paradigm Mall, Central I-City, Sunway Velocity dan Sunway Putra Mall. 

Pilihan lagu terkini pun ada

Walaupun konsep macam karaoke kanak-kanak tapi korang jangan terkejut, semua lagu ada. Nak nyanyi lagu lama, lagu baru, lagu pelbagai bahasa semua ada. Sama je dengan pusat karaoke lain yang ada kalau korang pernah pergi. Cuma Manekineko nie susasana dia lebih ceria dan mesra kanak-kanak. 

Bilik banyak dan luas. Pendek kata memang okay sangat nak karok dengan anak-anak kat sini.





Dorang juga sediakan air free flow dan snek, minum la selagi boleh. Ada ruang lepak dengan sofa kat luar. Selesa habis. Mesti korang tertanya tanya harga Karaoke Keluarga Manekineko nie kan. Murah je, kami ambil 2 jam hanya RM 66.25. Resit pun ada kat bawah.





Budak-budak nie minta nak datang lagi lepas nie. Memang boleh sangat sebab Sunway Putra Mall nie tempat lepak kami satu family. Lepas jalan-jalan shopping boleh la pergi asah bakat nyanyian kat sini. Fiza bukan nak galakkan anak-anak minat menyanyi. Fiza ada misi untuk bagi anak-anak tak takut dengan mic bila berada depan orang. Jadi ia akan build self confidence anak-anak kita. 

Sekarang nie dah nampak Thaqif memang tak takut dengan mic. Pantang nampak mic terus nak ambil. Dia pernah nyanyi depan orang masa kat Pulau Pangkor.  Jangan jadi macam mama dia self confidence kurang masa zaman budak2 dulu. 


Okay lah itu je nak story. Kalau korang minat nyanyi dan berkeluarga, boleh la datang sini yer.

Wassalam.

 

Post a Comment

1 Comments

  1. saya pun suka datang manekiniko ni. lagu-lagu pun best.

    ReplyDelete