Review May Island 7Days Secret Centella Cica bantu mencerahkan kulit sambil mengurangkan penampilan garis-garis halus wajah

Assalamualaikum. Produk kecantikan dari Negara Korea memang pilihan Fiza. Kalau sebelum ini Fiza pernah gunakan Guerrison Bright Me Cream, sampai sekarang Fiza masih setia dengan krim tu. Kalau nak baca review, boleh baca sini Krim Pelembab dan Pencerah Guerrison, memang berkesan hilangkan parut jerawat. 


Review May Island 7Days Secret Centella Cica bantu mencerahkan kulit sambil mengurangkan penampilan garis-garis halus wajah | Pernah dengar produk May Island 7Days Secret Centella Cica, ini pun best jadi Fiza nak review May Island 7Days Secret Centella Cica bagi korang tahu keberkesanan dia.

May Island 7Days Secret Centella Cica Toner dan May Island 7days Secret Centella Cica Cream. Ia adalah koleksi penjagaan kulit vegan oleh Onething dari Korea dan boleh digunakan sebagai toner, mist dan krim muka. 

Ikutkan dia ada complete set tapi bagi Fiza guna dua nie pun dah cukup. 

Cica Toner dan Cica Cream

May Island 7Days Secret Centella Cica Toner

7Days Secret Centella Cica Toner, dirumus khas untuk kulit sensitif, berjerawat, menyelitkan AHA, BHA, PHA untuk menanggalkan sel kulit mati sambil menguatkan penghalang kulit.

Mengandungi ekstrak centella asiatica dan bahan-bahan menenangkan kulit yang lain yang berasal dari tumbuh-tumbuhan, formula lembut membantu menenangkan kulit untuk kulit yang kelihatan sihat. Membantu mencerahkan tona kulit sambil mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.



May Island 7days Secret Centella Cica Cream

7Days Secret Centella Cica Cream, krim muka reparatif yang membentuk penghalang kelembapan pada kulit bagi kulit kelihatan sihat. Dirumus dengan bahan-bahan yang disahkan EWG termasuk AHA, BHA, PHA, dan ekstrak centella asistica untuk mengelupas secara lembut sambil menyuburkan kulit sensitif. Juga membantu memulihkan keseimbangan air, minyak yang dioptimumkan dan menggalakkan tona kulit yang lebih cerah.



Secara keseluruhan, Fiza sangat suka guna semua produk ini, kesederhanaan bahan-bahannya dan pembungkusannya juga minimum. Dalam masa seminggu dah boleh nampak hasilnya tau. Ia juga tidak melekit dan selesa digunakan.

Jangan lupa kalau pakai produk apa pun kena konsisten jika serasi dengan kulit. Kalau tak serasi elok stop je daripada berlaku kemudaratan. 

Nak dapatkan May Island 7Days Secret Centella Cica, ada kat shopee --> beli sini 

#onething #mayisland #Centella #beautyblogger
 

Post a Comment

0 Comments