Find us on Facebook

Resipi Bihun Soto Ayam yang ringkas tapi sedap

Assalamualaikum. Menjadi tradisi keluarga kami untuk sediakan soto ayam setiap kali Hari Raya, Raya Korban atau pun rumah terbuka. Bukan apa, ianya memang mudah untuk disediakan dan sedap kalau kena dengan cili kicap. Jadinya untuk kali ini Fiza nak kongsikan resipi penuh untuk Soto Ayam.



Bahan Sup Soto Ayam

1 Ekor ayam kerat 4
5 Bawang merah*
7 Bawang Putih*
1 cm Halia*
Kulit kayu manis
Bunga Lawang
Buah pelaga
Rempah Sup Soto
Sup Bunjut
Kiub Ayam
Air (kuantiti banyak mana kita nak masak)
Minyak masak
Gula, Garam

Cara-cara buat Sup Ayam

1. Blender bahan bertanda * sehingga lumat.
2. Panaskan minyak untuk menumis.
3. Masukkan pula kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, tumis sampai wangi.
4. Masukkan ayam dan sedikit air, tutup periuk bagi air ayam keluar.
5. Masukkan air lebih kurang 1 liter, boleh tambah lagi kalau nak banyak. Masukkan sup bunjut.
6. Bila mendidih, masukkan rempah sup, kiub ayam, gula, garam semuanya secukup rasa.
7. Siap.

Bahan-bahan Penyediaan Bihun 

Bihun
Serbuk kunyit
Air
Sedikit minyak masak

Cara-cara

1. Panaskan air sehingga mendidih.
2. Masukkan sedikit minyak, serbuk kunyit dan celurkan bihun.
3. Angkat (agak-agak tidak terlalu keras dan terlalu lembut.
4. Boleh digantikan juga dengan nasi impit.

Penyediaan lain.

Cili Kicap- Kisarkan cili hijau dan ditambah kicap.

Bahan Hiasan

Daun Sup, taugeh, kacang tanah, limau kasturi, ayam rebus disiat halus.

Bergedil Ubi Kentang - Resipi di sini 

Bihun dicelur kuning

Bergedil ubi kentang

Siap dihidang dan sedia untuk dimakan


Memang mudah nak buat bihun sup soto. Kalau sudah biasa buat sup ayam. lebih kurang sahaja caranya. Jadi selamat mencuba.

Wassalam.

Post a Comment

3 Comments

  1. Nampak sedap
    Boleh buat menu raya ni

    ReplyDelete
  2. tengok pun dah menyelerakan tu..

    ReplyDelete
  3. comel nya begedil tu ingatkan cucur hehe. selamat hari raya sis~~

    ReplyDelete